KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Shah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama media, badan bukan kerajaan (NGO), sektor korporat, swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan belia di Istana Iskandariah di sini pada Sabtu.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.
Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini, serta Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin.
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat, dengan jumlah keseluruhan RM1.64 juta.
Penyerahan zakat perniagaan didahului Bank Islam Malaysia Berhad diwakili oleh Pengerusinya Tan Sri Dr Ismail Bakar dengan jumlah RM520,000, CelcomDigi Berhad diwakili Ketua Hal Ehwal Kerajaan Roslan Rosli (RM419,454).
Telekom Malaysia Berhad pul adiwakili Pengurus Besarnya Badrul Hisham Bahari menyerahkan zakat RM309,855, Boustead Plantations Berhad oleh Pengarahnya Izaddeenn Daud (RM295,247) dan GB13 Group Sdn Bhd oleh Ketua Pegawai Eksekutif Balakumarr Karupiah (RM100,000).
Sultan Nazrin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama para tetamu serta berkenan berangkat ke majlis santapan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023

Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat, dengan jumlah keseluruhan RM1.64 juta. - Foto BERNAMA

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

Kerajaan akan pohon perkenan Sultan Nazrin untuk nama Jambatan Bagan Datuk
Perkara itu akan disembah maklum kepada baginda Sultan Nazrin dalam masa terdekat bagi mendapat perkenan.

Sultan Nazrin berkenan rai pengamal media sempena HAWANA 2023
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis santapan malam bagi meraikan pengamal media sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Istana Iskandariah, malam ini.

Fahami, hayati, amal doktrin Raja Berperlembagaan demi kerajaan yang stabil - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah agar semua pihak memahami, menghayati dan mengamalkan doktrin Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

HAWANA: Sultan Nazrin Shah perkenan pengamal media baca khutbah Jumaat
Sultan Nazrin juga telah menitahkan khutbah Jumaat itu bertemakan 'Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam.

Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat, esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan golongan belia di negeri ini diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di beberapa masjid di Perak esok.

Sultan Perak perkenan guru diberi penghormatan baca khutbah Jumaat
Sultan Nazrin telah menitahkan supaya khutbah Jumaat di negeri ini bertemakan "Guru Insani: Pemangkin Membangunkan Masyarakat Bertamadun".

Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri bersama 20,000 rakyat
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak di pekarangan Stadium Indera Mulia hari ini.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Masjid Jamek Taman Yayasan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis perasmian Masjid Jamek Taman Yayasan dekat sini hari ini.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.