awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan makanan tengah hari kepada 7,100 tahanan

Bernama
Bernama
02/11/2023
16:51 MYT
Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan makanan tengah hari kepada 7,100 tahanan
Sultan Nazrin Shah berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,100 banduan dan tahanan yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,100 banduan dan tahanan yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak sempena sambutan ulangtahun keputeraan Baginda ke-67 yang disambut hari ini.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin pada sidang media memaklumkan hidangan dari pembiayaan Baginda sendiri itu adalah atas sifat prihatin dan ihsan Baginda terhadap kebajikan banduan dan tahanan terbabit.
Beliau berkata sumbangan hidangan makanan tengah hari itu akan dibuat di Penjara Tapah, Penjara Taiping, Pusat Koreksional Kamunting dan Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, dan akan dikelolakan oleh pihak Jabatan Penjara Perak.
"Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja akan mewakili Baginda di Penjara Taiping manakala Orang Kaya Menteri Paduka Tuan (Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama) akan mewakili Baginda di Pusat Koreksional Kamunting.
"Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja (Orang Besar Jajahan Kinta) akan mewakili Baginda di Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, dan YDH Toh Paduka Indera (Orang Besar Jajahan Batang Padang) akan mewakili Baginda di Penjara Tapah," katanya di sini.
Katanya makanan akan dihidang dalam bentuk buffet dan agak istimewa berbanding makanan biasa mereka.
Terdahulu, beliau memaklumkan Sultan Nazrin juga berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kepada 238 penerima sempena sambutan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#makanan biasa
#pusat koreksional
#Jabatan Penjara Perak
#kebajikan banduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan