SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, iaitu antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.
Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta.
Baginda bertitah projek pembangunan itu melibatkan pembinaan satu blok Apartment Darul Ehsan berjumlah RM3 juta, Masjid Darul Ehsan (RM4 juta) dan Menara Tangki Air Darul Ehsan (RM1.7 juta).
"Beta menyeru kepada rakyat dan semua pihak di negeri Selangor, untuk sama-sama membantu meringankan penderitaan dan keperitan penduduk Gaza, dengan memberi sumbangan agar kita dapat membangunkan kembali prasarana yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza," titah baginda dalam kenyataan hari ini.
Sultan Selangor turut berkenan menerima sumbangan dari dana umat Islam Selangor sebanyak RM1.2 juta, Majlis Agama Islam Selangor (RM200,000) dan sumbangan peribadi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebanyak RM50,000, untuk disalurkan ke tabung berkenaan.
Baginda turut menitahkan supaya pengumpulan dan penyaluran sumbangan berkenaan dibuat dan diselaras menerusi Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (TIJARI), melalui akaun Maybank Islamic Berhad bernombor 562106718620, agar pengurusan serta pengelolaan dana itu dapat dibuat secara tersusun, bertanggungjawab, telus dan lancar.
"Beta mendoakan semoga Allah S.W.T. memberi ganjaran amal soleh atas infak yang disumbangkan oleh rakyat negeri Selangor untuk membantu umat Islam di Gaza," titah baginda.
Sultan Sharafuddin berkenan melancarkan tabung berkenaan pada Majlis Perasmian Masjid, Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Kota Kemuning di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Sultan Sharafuddin bertitah projek pembangunan itu melibatkan pembinaan satu blok Apartment Darul Ehsan berjumlah RM3 juta, Masjid Darul Ehsan (RM4 juta) dan Menara Tangki Air Darul Ehsan (RM1.7 juta). - Gambar fail/Bernama
Saya tidak sanggup tengok pelajar dalam kontena - Abang Jo
Enggan pelajar belajar di dalam kontena jadi punca Tan Sri Abang Johari sanggup menanggung kos pembinaan sekolah-sekolah daif di negeri itu untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pokok tumbang: Wanita Sweden dipercayai penumpang e-hailing cedera
Dua mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini pada Selasa dipercayai pemandu e-hailing dan penumpang warga Sweden.
Sabah fokus kepada amalan penyahkarbon menjelang 2050
Perubahan iklim dan pembangunan sosioekonomi serta cabaran kecerdasan organisasi merupakan topik utama yang dibincangkan di dalam Forum Kesedaran Inisiatif Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat (ESG).
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ahli koperasi digesa pelbagaikan perniagaan
Pengarah SKM Negeri Sabah, Matias Kundapin menggesa ahli koperasi di negeri itu untuk mempelbagaikan jenis perniagaan supaya kekal relecan dan menyumbang kepada ekonomi negara.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
206 klinik, fasiliti kesihatan daif di Sarawak dikenal pasti
51 daripada 206 klinik dan fasiliti kesihatan yang dikenalpasti daif oleh KKM di Sarawak terletak di kawasan bandar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak laksana subsidi bersasar guna data sedia ada
Kerajaan Sarawak sedia melaksanakan bantuan subsidi bersasar kerajaan persekutuan menggunakan data sedia ada agensi-agensidi wilayah itu Seperti yang dilakukan untuk Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
DUN Sarawak lulus RUU Pelabuhan Sarawak 2024 sebulat suara
Dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak mendapat sokongan penuh melalui 20 perbahasan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Jangan bimbang kita ikut persekutuan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata perincian kenaikan gai penmjawat awam di Sabah akan dimaklumkan selepas kerajaan persekutuan menetapkan peratusan kenaikan gaji penjawat awam persekutuan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pindaan Ordinan Buruh Sabah penting bagi kebajikan pekerja, tarik pelabur
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan Pindaan Ordinan Buruh Sabah penting bagi memastikan kebajikan lebih dua juta tenaga buruh di negeri itu terjaga selain menarik minat pelabur ke negeri itu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.