awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor berkenan sertai Larian KITA X Pesta Kelaut

Bernama
Bernama
20/07/2025
05:05 MYT
Sultan Selangor berkenan sertai Larian KITA X Pesta Kelaut
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berangkat pada Program Larian Kita X Pesta Kelaut@Pantai Kelanang 2025 di Pantai Kelanang, Kuala Langat hari ini. Turut kelihatan, Amirudin dan Tengku Zafrul. -- fotoBERNAMA
BANTING: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin berkenan menyertai Program Larian KITA X Pesta Kelaut@Pantai Kelanang 2025 di sini hari ini.
Keberangkatan tiba baginda berdua pada 7.30 pagi disambut oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Sultan Sharafuddin kemudian berkenan melepaskan lebih 1,000 peserta larian melibatkan dua kategori, iaitu 5 kilometer (km) dan 3 km sebelum turut sama menyertai larian berkenaan.
Dalam pada itu, baginda dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan melawat reruai pameran yang disertai pelbagai agensi kerajaan serta usahawan tempatan.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Norashikin turut mencemar duli menyaksikan Pertandingan Sukan Rakyat Pesta Kelaut 2025 antaranya pukul bantal, panjat tiang licin, tarik tali pantai dan boling kelapa sebelum berangkat pulang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Larian KITA X Pesta Kelaut
#Pantai Kelanang Banting
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan