SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan sikap dan tingkah laku segelintir individu umat Islam khususnya di Selangor yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata, yang boleh menjejaskan akidah dan keislaman mereka.
Baginda bertitah apa-apa juga iktikad (pernyataan dalam hati) atau percakapan atau perbuatan oleh mana-mana orang Islam yang berhasrat untuk keluar dari agama Islam, dikhuatiri boleh membawa kepada tergelincirnya akidah dan menyebabkan terkeluarnya seseorang itu dari agama Islam.
"Asas kepada kepercayaan umat Islam adalah mengakui akan keesaan Allah SWT dengan mengucap kalimah syahadah, dan seorang Islam perlulah sentiasa berpegang kepada keyakinan bahawa hanya Allah SWT yang berhak disembah dan nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT," titah baginda dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani di sini hari ini.
Titah baginda seseorang yang berpegang dengan Islam sebagai agamanya adalah berpegang secara mutlak terhadap prinsip tauhid dan akidah sepanjang kehidupannya.
"Sehubungan itu tindakan segelintir umat Islam khususnya di Selangor yang mengugut untuk keluar dari agama Islam apabila berhadapan dengan sesuatu masalah hanya menunjukkan rapuhnya keyakinan mereka terhadap agama Islam dan Allah SWT," titah baginda.
Sementara itu Mohamad Munir berkata baginda Sultan menitahkan agar umat Islam sentiasa berpegang teguh kepada akidah Islam, tidak mudah terpesong dari akidah Islam sebenar, dan tindakan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menguatkuasa undang-undang adalah suatu tindakan dan proses biasa berlandaskan peruntukan undang-undang.
"Malah Baginda telah menitahkan agar semua tindakan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS hendaklah selaras dengan prinsip-prinsip yang mendukung keutamaan dakwah, mendidik, mencegah dan meningkatkan kefahaman Islam yang betul kepada masyarakat.
"Baginda juga menitahkan agar MAIS dan JAIS sentiasa memelihara dan mempertahankan akidah Aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sebarang unsur dan ideologi yang boleh merosakkannya," menurutnya dalam kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 16 2021

Titah baginda seseorang yang berpegang dengan Islam sebagai agamanya adalah berpegang secara mutlak terhadap prinsip tauhid dan akidah sepanjang kehidupannya. - Gambar fail

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peniaga mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 795 mangsa banjir di empat PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity
Impact investing in Malaysia with strategic approach
Prestasi semasa & unjuran FBM KLCI
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkongsi pandangan berkenaan prestasi semasa dan unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Kertas Putih Gaji Progresif: Apa yang menarik?
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkongsi pandangan beliau berkenaan Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat pada Khamis.

Liverpool tunjuk taring di Liga Europa
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengesahkan tempat teratas Kumpulan E hasil jaringan Gakpo dan gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah.

PM Anwar individu pertama Malaysia miliki Digital ID
Digital ID ialah suatu bentuk pengenalan dan pengesahan diri individu secara digital, yang bakal dimanfaatkan sektor awam dan swasta.
![[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza [LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701384826_TBQatariRedCrescent.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza
Raja Abdullah berkata, tindakan Israel terus menahan aliran bantuan ke Gaza adalah tidak boleh diterima.

Sultan Selangor lancar e-Khutbah
Sultan Sharafuddin bertitah laman web berkenaan menghimpunkan koleksi 23 tahun khutbah bertulisan jawi dan rumi.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Santapan Negeri Sarawak
Ini merupakan kali pertama pasangan diraja Selangor berangkat ke Kuching bagi lawatan rasmi ke Bumi Kenyalang.

UPM bakal tubuh Fakulti Veterinar dan Penternakan di Bintulu
Sultan Sharafuddin yang juga Canselor UPM bertitah, penubuhan fakulti itu bagi mengukuhkan agenda pertanian dan keterjaminan makanan.

Sultan Selangor mahu sidang DUN berlangsung tertib
Sultan Selangor mahu suasana perdebatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu berlangsung dengan tertib dan mengikut peraturan.

Tarik balik tauliah Abdullah Khairi selaras titah Sultan Selangor - MAIS
Titah tersebut berhubung larangan pemberian tauliah mengajar agama Islam kepada mana-mana aktivis politik.

Semua pihak diseru tidak keluarkan ucapan sewenang-wenangnya - Menteri Agama
Mohd Na'im menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan serta kegelisahan dalam masyarakat.

Sultan Selangor seru pemimpin buat keputusan cepat kembalikan aspirasi ekonomi rakyat
Sultan Sharafuddin bertitah mahu agar Malaysia kembali menjadi sebuah negara merdeka yang berdaya maju serta disegani.

Sultan Selangor titah siasat pemfitnah sekolah tahfiz
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah, fitnah mengatakan lebih 200 buah sekolah tahfiz di Selangor telah diarahkan tutup amat dikesali dan tidak bertanggungjawab.

Segerakan kaji kompentensi DUN gubal undang-undang syariah - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah satu jawatankuasa khas perlu segera ditubuhkan.

Sultan Selangor harap semua negeri dapat anggotai MKI secara rasmi
Sultan Selangor menzahirkan harapan negeri-negeri yang masih belum menganggotai Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).