awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Alumni hebat bermula dengan pengalaman bermakna di kampus
SoftBank lengkapkan pelaburan AS$40 bilion dalam OpenAI
KTMB sasar 1.2 juta penumpang guna ETS pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar

Bernama
Bernama
31/12/2025
03:00 MYT
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
Pasukan operasi bertindak menggali tanah bagi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan tali, peralatan menggali serta bantuan excavator. - Gambar ihsan JBPM
KOTA TINGGI: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah sedalam kira-kira tiga meter ketika menjalankan kerja-kerja menanam tangki kumbahan di Bandar Penawar, di sini, semalam.
Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, mangsa berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan, dalam kejadian di hadapan sebuah kilang yang masih dalam pembinaan itu.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1 tengah hari, sebelum sebuah jentera 'Fire Rescue Tender' dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penawar digegaskan ke lokasi kejadian.
"Terdapat dua pekerja perpaipan yang tertimbus, namun seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi mangsa tertimbus dalam tanah dianggarkan sedalam tiga meter.
"Pasukan operasi bertindak menggali tanah bagi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan tali, peralatan menggali serta bantuan excavator," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Khairul Sufian berkata, mangsa berjaya dikeluarkan pada 4 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi tamat sepenuhnya pada 4.25 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut tertimbus
#menanam tangki kumbahan
#lelaki indonesia
#Bandar Penawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan