KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan laman web Khutbah Selangor (e-Khutbah Selangor) yang mengandungi semua teks khutbah diterbitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sultan Sharafuddin bertitah laman web berkenaan menghimpunkan koleksi 23 tahun khutbah bertulisan jawi dan rumi yang terdiri daripada koleksi khutbah dibacakan pada setiap solat Jumaat, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha serta solat sunat gerhana.
"e-Khutbah Selangor turut mengandungi menu untuk carian teks khutbah dan multimedia berbahasa Inggeris.
"Beta berpandangan bahawa khutbah sangat penting sebagai medium ulil amri untuk menyampaikan ajaran agama Islam dengan tepat dan bertanggungjawab. Khutbah adalah medium masyarakat bagi menambah ilmu, kefahaman tentang prinsip-prinsip dan perlaksanaan agama Islam berkaitan akidah, syariah dan akhlak," titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, Klang, hari ini.
Sultan Sharafuddin bertitah khutbah turut berperanan memberi pendekatan dituntut oleh Islam terhadap isu dan permasalahan semasa selain menjadi media dakwah lisan yang luas liputannya.
Baginda yang menzahirkan rasa berpuas hati dan berbangga dengan mutu khutbah dihasilkan, turut berharap usaha tersebut dapat diteruskan.
"Beta mengucapkan tahniah serta terima kasih atas kerja-kerja yang dijalankan oleh Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor," titah baginda.
Sultan Sharafuddin yakin dengan mewujudkan laman web berkenaan, ia akan menjadi bahan bacaan, panduan serta rujukan ilmuan, guru, pelajar dan pendakwah selain boleh dibaca oleh mereka yang tidak berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Selangor atas sebab tertentu, wanita Islam dan masyarakat awam.
Orang ramai boleh membaca khutbah-khutbah yang dimuat naik menerusi e-khutbat.jais.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023

Sultan Sharafuddin bertitah laman web berkenaan menghimpunkan koleksi 23 tahun khutbah bertulisan jawi dan rumi. -Gambar fail/Bernama

Pemilihan PKR: Rodziah jemput Fadhlina untuk berdebat
Calon Timbalan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rodziah Ismail mempelawa Menteri Pendidikan Fadhlina sidek untuk berdebat mengenai masa depan wanita.

Raja Perlis tegur segelintir penjawat awam di Perlis penting diri
Raja Perlis Tuanku menegur cara kerja segelintir penjawat awam yang berkhidmat di negeri itu apabila didapati mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.
AWANI Ringkas: RM800 juta kerugian penipuan pelaburan tidak wujud
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Air Selangor tempa nama di persada antarabangsa
Penganugerahan ini menyuntik semangat untuk terus memacu inovasi serta menetapkan piawaian baharu industri.
Pelajar tahfiz cemerlang akan terima tajaan biasiswa penuh di dua universiti
Semua pelajar tahfiz yang cemerlang dengan keputusan sekurang-kurangnya 10A ke atas pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPRM) akan menerima tajaan biasiswa penuh di dua universiti tempatan.
1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Bagi meraikan kedatangan musim haji tidak lama lagi, Warnakala Studios mengambil inisiatif menganjurkan program Haji Kids ke Baitullah, simulasi haji untuk kanak-kanak peringkat negeri Melaka 2025.

25 penerima darjah, pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis ke-82
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah dan pingat kebesaran kepada 25 penerima sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-82.
Saifuddin Nasution nafi wujud politik wang
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan berlaku politik wang dalam PKR.

PM Anwar ucap tahniah sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke-82
Anwar mendoakan kesejahteraan dan keafiatan berpanjangan buat Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja.

Xiaomi bakal perkenal cip SoC 'Xring01' yang dibangunkan sendiri
Ini merupakan langkah strategik Xiaomi untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar.

Kemalangan trak FRU: Sultan Selangor zahir rasa sedih, titah kerajaan perlu beri perhatian serius
Sultan Sharafuddin dan Tengku Norashikin menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi menyayat hati yang menimpa semua mangsa terlibat.

Sultan Selangor ucap Selamat Ulang Tahun TLDM ke-91
Sultan Sharafuddin berharap seluruh anggota TLDM terus mengekalkan adat dan tradisi serta menjadi pasukan barisan hadapan yang berwibawa dalam mempertahankan keselamatan perairan negara.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ziarah pusara Tun Abdullah
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan berangkat menziarahi pusara Perdana Menteri kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kebakaran gas Putra Heights: Sultan Selangor titah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dibatalkan
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Kerajaan Negeri Selangor membatalkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat Negeri Selangor yang dijadualkan esok, 6 April.

Kebakaran gas Putra Heights: Bantuan persekolahan YIDE disalur Isnin - Amirudin
Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan persekolahan kepada mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, yang akan mula bersekolah pada Isnin ini.

Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM
Sultan Sharafuddin berkenan menghadiri majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama kira-kira 1,000 warga UPM dan komuniti sekitar di Masjid UPM.

Sultan Selangor berkenaan terima zakat perniagaan Pintas Utama RM3 juta
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan untuk Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada Syarikat Pintas Utama Sdn Bhd sebanyak RM3 juta.

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Selangor wujud garis panduan amalan tarekat tahun ini - Exco Agama
Kerajaan Selangor akan mewujudkan garis panduan amalan tarekat bagi mengekang amalan yang bertentangan dengan akidah.

Sultan Selangor titah pegawai kerajaan bertugas penuh tanggungjawab, jauhi rasuah
Baginda bertitah ketua jabatan juga perlu memastikan salah guna kuasa tidak berlaku di jabatan masing-masing.