awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor seru pemimpin buat keputusan cepat kembalikan aspirasi ekonomi rakyat

Bernama
Bernama
30/08/2023
21:20 MYT
Sultan Selangor seru pemimpin buat keputusan cepat kembalikan aspirasi ekonomi rakyat
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2023 kepada seluruh rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya. - Facebook Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu bertitah menyeru barisan kepimpinan negara agar berusaha menjana kembali aspirasi ekonomi rakyat dengan melaksanakan semua keputusan perancangan pembangunan dengan cepat dan tepat.
Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin bertitah mahu agar Malaysia kembali menjadi sebuah negara merdeka yang berdaya maju serta disegani di peringkat antarabangsa, khususnya dalam sektor pelaburan dan ekonomi.
Dalam hantaran yang sama bersempena ulang tahun kemerdekaaan ke-66 tahun negara, baginda berkenan mengingatkan seluruh rakyat jelata tentang pentingnya menghayati erti sebenar kemerdekaan demi menyuburkan kembali semangat patriotisme, serta menyemai rasa cinta dan sayang dalam jiwa semua bangsa di Malaysia.
Baginda mahu semangat tersebut dizahirkan dalam bentuk perpaduan yang jitu dan keharmonian yang utuh, demi mengekalkan kemakmuran ekonomi negara dan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhannya.
Titah baginda apabila sekalian rakyat menjulang erti sebenar hidup dalam suasana merdeka dan bersatu padu, maka tidak akan ada lagi mana-mana pihak atau kaum tergamak menyebarkan kebencian dan fitnah yang boleh mengganggu-gugat keamanan.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin juga berkenan menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2023 kepada seluruh rakyat Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Selangor
#aspirasi ekonomi rakyat
#pemimpin
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan