awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sultan Selangor titah rakyat hayati khutbah larangan membunuh diri

Bernama
Bernama
09/07/2021
08:30 MYT
Sultan Selangor titah rakyat hayati khutbah larangan membunuh diri
Titah baginda, Allah melarang hamba-Nya daripada membunuh diri kerana diri mereka adalah milik-Nya, bukan milik mutlak diri mereka sendiri, maka maka membunuh diri bermakna mengkhianati amanah. - Sumber foto Selangor Royal Office
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyeru umat Islam di Selangor agar memahami dan menghayati intipati khutbah Jumaat mengenai bunuh diri yang dibacakan oleh khatib di masjid-masjid seluruh negeri itu.
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, Sultan Sharafuddin mengingatkan semua umat Islam bahawa dalam Islam, membunuh diri adalah perbuatan dosa besar yang dilarang oleh syarak dan terdapat hadis yang secara spesifik menyebut bagaimana azab seksa yang dikenakan kepada orang yang membunuh dirinya di akhirat nanti.
Baginda berpandangan isi kandungan khutbah minggu ini yang bertajuk 'Tuntutan Memelihara Nyawa', susulan laporan peningkatan kes bunuh diri, amat perlu diketengahkan untuk diambil sebagai pedoman dan pengajaran oleh umat Islam, menurut kenyataan itu.
Sumber Facebook selangorroyaloffice
Titah baginda, Allah melarang hamba-Nya daripada membunuh diri kerana diri mereka adalah milik-Nya, bukan milik mutlak diri mereka sendiri, maka membunuh diri bermakna mengkhianati amanah yang diberikan oleh Allah kepadanya.
Antara intipati khutbah pada hari ini adalah individu Muslim perlu memantapkan keimanan agar perbuatan bunuh diri tidak menjadi satu penyelesaian bagi masalah kehidupan apabila berputus asa.
Khatib juga meminta agar semua pihak memberi sokongan kepada masyarakat yang hidup dalam keadaan tertekan sehingga sanggup mengambil tindakan nekad membunuh diri.
Pimpinan masyarakat, komuniti, badan bukan kerajaan dan individu juga perlu tampil dengan idea dan cadangan untuk membantu dan menyokong masyarakat yang terkesan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Sultan Selangor
#COVID-19
#bunuh diri
#keimanan
#kerajaan
#sokongan komuniti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan