KUALA LUMPUR: Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa baginda tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain tidak tahu mengenai penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan entiti dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sultanah Nur Zahirah, yang memberi keterangan secara dalam talian pada perbicaraan kes saman terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi bertitah, dakwaan Rewcastle-Brown dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose menggambarkan baginda sebagai seorang yang berpengaruh serta mempunyai kuasa untuk mempengaruhi Kerajaan Negeri Terengganu.
"Dakwaan yang dibuat sekarang ini yang menjadi punca utama... yang disebutkan ialah 'the wife of the sultan' iaitu saya... dan saya tegaskan saya memang tidak tahu-menahu mengenai TIA, 1MDB, mengenai penubuhannya dan segala-galanya.
"Ini kerana saya memang tidak pernah mencampuri urusan kerajaan negeri... memang saya tidak pernah," titah baginda ketika pemeriksaan balas oleh peguam Americk Sidhu yang mewakili Rewcastle-Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd.
Sultanah Nur Zahirah juga dilihat agak beremosi ketika ditanya oleh peguam Vishnu Kumar mengenai reputasi baginda yang terjejas akibat penerbitan buku itu.
"Buku ini ditulis pada 2018 dan pada masa itu, Jho Low dikategori sebagai seorang yang dikehendaki polis dan yang paling penting, saya tidak pernah masuk campur hal ehwal pentadbiran negeri Terengganu. Saya memang tidak campur. Tugas saya adalah sebagai isteri kepada suami saya Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
"Selain daripada tugas-tugas rasmi, saya seorang suri rumah. Saya menjaga anakanda-anakanda saya. Sesiapa sahaja dalam situasi saya akan merasa seperti apa yang saya rasa apabila nama saya tiba-tiba masuk ke dalam buku yang penuh kontroversi ini. Sesiapa pun pada waktu itu tidak mahu dikaitkan dengan Jho Low memandangkan apa yang dia buat pada negara ini," titah baginda dalam nada sebak.
Terdahulu, Sultanah Nur Zahirah bertitah, baginda tidak tahu mengapa Rewcastle-Brown perlu mengaitkan baginda dengan Jho Low.
"Saya pun hairan, saya tidak pernah kenal dia, jadi kenapa dia perlu tulis 'the wife of the sultan' di dalam buku itu. Saya bukan ahli politik. Adakah dia nak jual buku untuk dapatkan keuntungan demi memburukkan seseorang," titah baginda yang turut memaklumkan permohonan maaf daripada penulis itu tidak diterima kerana tidak ikhlas.
Sultanah Nur Zahirah bertitah saman itu difailkan kerana Rewcastle-Brown memfitnah baginda di dalam buku berkenaan.
"Buku ini bukan buku cerita, buku dongeng. Buku ini sepatutnya menceritakan yang betul, amalan rasuah yang berlaku di Malaysia. Saya anggap ia memfitnah kerana saya tidak kenal dia. Dia penulis yang terkenal tapi letak nama saya 'the wife of the sultan.' Jadi itu adalah tidak kena... memang salah," titah baginda.
Sultanah Nur Zahirah juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam defendan bahawa reputasi baginda tidak terjejas kerana terdapat pembetulan bagi penerbitan edisi kedua buku itu pada September 2018 yang menggantikan frasa 'the wife of the sultan' dengan 'the sister of the sultan.' (merujuk kepada kekanda Sultan Mizan iaitu Tengku Datuk Rahimah).
"Buku edisi pertama yang tulis 'the wife of the sultan' sudah terjual di serata dunia. Jadi dengan dia tidak meminta maaf secara ikhlas dan dibuat secara umum, macam letak di surat khabar utama dan media sosial.
"... dia terus buat edisi kedua dan tukar kepada 'the sister of the sultan' dengan rasa tidak bersalah. Ikut suka dia sahaja, dia nak tulis 'wife' dia tulis 'wife' dan bila buku dah laris terjual serta jadi kontroversi, dia tulis 'sister' pula," titah baginda.
Sultanah Nur Zahirah, yang memfailkan saman itu pada 21 Nov 2018, mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan TIA, yang kemudian dikenali sebagai 1MDB.
Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA.
Baginda menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta daripada setiap defendan serta memohon perintah supaya penerbit menarik balik buku yang mengandungi kenyataan fitnah itu dan supaya pencetak berhenti mencetak buku tersebut.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee bersambung Khamis ini. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
Sultanah Nur Zahirah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa baginda tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri selain tidak tahu mengenai penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (dan entiti dikenali sebagai 1MDB. - Gambar Instagram
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Sept ini untuk mendengar permohonan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati me
Pendakwaan mohon mahkamah batal rayuan Rewcastle-Brown
Ia susulan tindakan perayu yang tidak pernah hadir pada mana-mana prosiding mahkamah sepanjang kes itu berlangsung iaitu sejak pendakwaan, sabitan mahupun rayuan.
Fitnah Clare cemar nama baik Sultanah Terengganu
Tindakan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown memfitnah dalam buku The Sarawak Report-The Inside Story of 1MDB Expose mencemarkan nama baik Sultanah Terengganu.
Sultan, Sultanah Terengganu kurnia sumbangan Aidilfitri
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah berkenan mengurniakan sumbangan kepada fakir miskin dan pelajar sekolah sempena Aidilfitri.
Sultanah Terengganu titah UniSZA tumpu agenda mahasiswa seimbang kemajuan digital, sosial
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah supaya Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memberi tumpuan kepada agenda melahirkan generasi seimbang.
Pertuduhan memfitnah: Sebutan semula kes Editor Sarawak Report 25 Jun ini
Mahkamah menetapkan 25 Jun ini bagi sebutan semula kes Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang berdepan pertuduhan memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Rayuan Sultanah Terengganu didengar 22 Sept berhubung saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown
Sultanah Nur Zahirah mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.
Sultanah Nur Zahirah gagal dalam saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown
Pesuruhjaya Kehakiman memutuskan tiada tuduhan fitnah daripada kenyataan itu walaupun jelas terdapat masalah kesilapan identiti.
Keputusan kes saman fitnah Sultanah Terengganu pada 31 Okt
Keputusan kes saman Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua lagi berhubung kenyataan didakwa berunsur fitnah dalam buku The Sarawak Report
Permohonan Clare kemuka persoalan undang-undang adalah pramatang - Mahkamah Tinggi
Permohonan Clare Rewcastle-Brown yang ingin mengemukakan persoalan undang-undang di mahkamah berkaitan pertuduhan fitnah jenayah terhadapnya mengikut perlembagaan adalah bersifat pramatang.