awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sumbangan khas Perdana Menteri RM426,000 ceriakan masjid, golongan asnaf

Bernama
Bernama
28/03/2025
21:00 MYT
Sumbangan khas Perdana Menteri RM426,000 ceriakan masjid, golongan asnaf
Shamsul Iskandar hadir bagi merasmikan Program Rintis Komuniti Rakyat MADANI: Pra Syawal di Masjid Nurul Hidayah Batu Berendam di Melaka, 28 Mac 2025. - Foto BERNAMA
MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menzahirkan keprihatinan dengan menyalurkan sumbangan berjumlah RM426,000 kepada golongan asnaf, anak yatim, imam masjid dan bakal haji terpilih di negeri ini.
Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata sumbangan itu merupakan peruntukan khas Perdana Menteri yang diagihkan kepada golongan berkenaan sempena sambutan Aidilfitri minggu hadapan.
"Ini bukan sumbangan tahunan tetapi sumbangan khas Perdana Menteri yang mana ia menunjukkan keprihatinan beliau terhadap perkembangan dan syiar Islam terutama di bulan Ramadan.
"Sumbangan sejumlah RM10,000 turut disalurkan kepada surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan ia merupakan sumbangan strategik kita kepada pasukan polis supaya mereka dapat menyemarakkan lagi program di surau mereka sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Rintis Komuniti Rakyat MADANI: Pra Syawal di Masjid Nurul Hidayah Batu Berendam di sini semalam yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Ismail Yusop.
Jelasnya bagi program tersebut seramai 138 imam di Melaka Tengah, 120 imam (Alor Gajah) dan 95 imam di Jasin masing-masing menerima RM500 sementara sumbangan RM10,000 disalurkan kepada 15 masjid terpilih di Melaka Tengah dan masing-masing lima masjid terpilih di Alor Gajah dan Jasin dengan jumlah keseluruhan RM250,000.
Katanya program anjuran J-KOM itu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Majlis Agama Islam Melaka dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Negeri Melaka (ICU) merupakan bukti kesungguhan kerajaan mendekati rakyat dan memastikan manfaat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat terutama dalam bulan Ramadan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sumbangan khas
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#Shamsul Iskandar Mohd Akin
#masjid
#asnaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan