KUALA LUMPUR: Sumbangan orang awam yang disebut Tan Sri Abdul Hadi Awang tiada kaitan dengan calon, wakil atau parti itu sendiri.
Menjelaskan perkara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khairudin berkata, kenyataan Presiden Pas itu telah dipetik secara bercanggah dengan ucapan dan makna sebenar yang mahu disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Merujuk kepada kenyataan Presiden UMNO (Ahmad Zahid) yang menyebut bahawa "Kalau dia (Pas) buat dipanggil sedekah, kalau kita (UMNO) buat dipanggil rasuah," ternyata ia adalah suatu kenyataan yang jelas bercanggah dengan ucapan dan makna sebenar Presiden Pas.
"Sedangkan Presiden Pas ketika menjawab soalan media di Negeri Sembilan semalam menyebut bahawa, undang-undang pilihan raya tidak membenarkan calon dan wakil calon memberikan sumbangan kepada pengundi, tetapi jika ada individu atau orang awam yang hendak memberikan sumbangan, terpulang kepada mereka sendiri.
"Adapun sumbangan orang awam tersebut tiada kaitan dengan calon, wakil calon atau Pas sebagai sebuah parti yang bertanding," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Pada Ahad, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menasihati golongan ulama politik supaya tidak sesuka hati menukar hukum dan fatwa agama.
Katanya, tindakan itu boleh menyebabkan golongan tersebut tidak dihormati rakyat dan umat Islam sendiri.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, yang mempertahankan pemberian wang tunai sewaktu kempen pilihan raya yang dikatakan tidak menyalahi peraturan, kerana mendakwa ia sedekah kepada pengundi oleh orang awam.
Kenyataan Abdul Hadi itu susulan tindakan UMNO Terengganu yang memfailkan petisyen bagi kerusi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman, dengan alasan wujud rasuah kepada pengundi di ketiga-tiga kerusi terbabit ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Mengulas lanjut, Khairul Nizam menegaskan, Pas tidak pernah mengamalkan sebarang bentuk politik wang atau sogokan rasuah kepada pengundi.
"Berbanding pihak lain yang terkenal dengan amalan politik wang sama ada dalam pemilihan parti mahupun pilihan raya dan tiada keabsahan moral untuk membangkitkan perkara ini," ujarnya.
Afiezy Azaman
Mon Jan 23 2023
Khairul Nizam menegaskan, Pas tidak pernah mengamalkan sebarang bentuk politik wang atau sogokan rasuah kepada pengundi. - Foto Facebook/Ir. Ts. Khairil Nizam
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sumbangan orang awam tiada kaitan calon, wakil atau parti - Ketua Penerangan Pas
Pas tidak pernah mengamalkan sebarang bentuk politik wang atau sogokan rasuah kepada pengundi.