MALAYSIA
Sumud Nusantara: Dataran Merdeka dibanjiri solidariti rakyat untuk Gaza

Ribuan warga masyarakat mula membanjiri Dataran Merdeka untuk menyatakan solidariti ke atas warga Gaza di Malam Himpunan dan Selawat: Malaysiaku Bersama Gaza pada Ahad. - Foto Astro AWANI/ Waffiy Norazmi
KUALA LUMPUR: Ribuan warga masyarakat mula membanjiri Dataran Merdeka untuk menyatakan solidariti ke atas warga Gaza di Malam Himpunan dan Selawat: Malaysiaku Bersama Gaza pada Ahad.
Ringkasan AI
- Ribuan rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada Malam Himpunan dan Selawat: Malaysiaku Bersama Gaza, kemuncak Karnival Sumud Nusantara 2025.
- Acara dimulakan dengan solat berjemaah, solat hajat serta persembahan qasidah Majelis AzZahir.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucapan, mengisytiharkan Deklarasi Sumud Nusantara dan melepaskan delegasi Flotilla.
Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Malam Himpunan dan Selawat: MalaysiaKu Bersama Gaza pada Ahad ini, acara kemuncak Karnival Sumud Nusantara 2025 yang berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba pada jam 9 malam akan menyampaikan ucapan dan disusuli Deklarasi Sumud Nusantara untuk Gaza.
Belia juga dijangka mengadakan Flag Off pelepasan delegasi Flotilla Sumud Nusantara dan bacaan Qunut Nazilah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami