KOTA BHARU: Polis Kelantan terus memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sepanjang musim kemarau dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan susulan air Sungai Golok mulai kering sejak beberapa hari lepas.
Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kawalan keselamatan berkenaan menerusi rondaan akan terus dipergiatkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA).
Beliau berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang cuba menyeberang sempadan secara haram susulan air cetek di sungai berkenaan.
Sebelum ini, media melaporkan paras air Sungai Golok mulai kering akibat kemarau melibatkan beberapa kawasan seperti Kampung Chabang Tiga Bagus dan Lubok Gong di Pasir Mas, di sini.
"Kalau hendak masuk ke kawasan sempadan mesti ada permit yang sah sama ada naik kereta atau motosikal," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis serah tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.
Terdahulu, Pemangku Ketua Cawangan Khas Kelantan ACP Nor Azmi Che Musa menyerahkan jawatannya kepada SAC Ahmad Norisham Maarus yang dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Kelantan yang baharu.
Berikutan itu, Pemangku Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kelantan Supt Mohamad Hamizi Abdullah menyerahkan jawatan itu kepada Timbalan Ketua JPJKK Kelantan yang dilantik sebagai Ketua JPJKK Kelantan yang baharu.
Kedua-dua pelantikan jawatan pegawai kanan polis berkenaan berkuat kuasa hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Polis memberi amaran tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang cuba menyeberang sempadan secara haram susulan air cetek di sungai berkenaan. - Gambar/ Sinar Harian
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Kubur 100 tahun dalam Tasik Pedu 'muncul kembali'
Penyusutan paras air di Tasik Pedu menyebabkan tanah perkuburan lama Kampung Mong Gajah yang dipercayai berusia 100 tahun di dasar tasik berkenaan jelas kelihatan sejak awal bulan ini.
Kebakaran hutan musnahkan Taman Negara Bromo Tengger Semeru Indonesia
Kebakaran hutan telah memusnahkan sekurang-kurangnya 50 hektar tanah di Taman Negara Bromo Tengger Semeru di Jawa Timur sejak 18 Jun lalu, menurut Badan Pengurusan Bencana Negara (BNPB).
Sungai Golok mula kering, polis Kelantan perketat kawalan sempadan
Polis Kelantan terus memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sepanjang musim kemarau dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan susulan air Sungai Golok mulai kering.
Cuaca panas, kemarau beri kesan serius sektor pertanian Sabah - Jeffrey
Cuaca panas dan kemarau akibat fenomena El-Nino yang melanda negara ini, telah memberi kesan yang serius terhadap sektor pertanian Sabah.
Bekalan air di empangan Sabah cukup tiga bulan sekiranya kemarau berpanjangan
Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan bekalan air sedia ada di empangan negeri mencukupi sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.
10 lokasi titik panas kebakaran di Terengganu
Sebanyak 10 lokasi di empat daerah negeri ini dikenal pasti berisiko mengalami kebakaran hutan ketika kemarau dan cuaca panas.
Bomba pantau lebih 400 titik panas kebakaran di seluruh negara
JBPM akan memberi tumpuan terhadap lebih 400 titik panas atau hotspot kebakaran di seluruh negara, susulan musim kemarau yang dijangka berlaku bermula bulan depan.
Lebih 50,000 keluarga terjejas akibat musim kemarau landa Sri Lanka
Lebih 50,000 keluarga di lapan wilayah di Sri Lanka terjejas akibat musim kemarau yang melanda negara, menurut Pusat Pengurusan Bencana (DMC) menerusi laporan situasi terkini pada Khamis.
Kemarau berpanjangan: Penghantaran di Terusan Panama dihadkan
Terusan Panama mengehadkan jumlah laluan kapal berikutan paras air yang semakin surut akibat kemarau berpanjangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sarawak aktifkan pangkalan hadapan hadapi musim kemarau
Sebelum ini, pangkalan hadapan di Sarawak hanya melibatkan bantuan bekalan makanan kering sewaktu musim banjir.