KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan pangkalan haram bagi kegiatan penyeludupan di sepanjang 106 kilometer Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand berikutan cuaca panas ketika ini.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata sebelum ini terdapat kira-kira 140 pangkalan haram dikesan di sepanjang sungai berkenaan.
"Paras air Sungai Golok semakin menyusut dan tidak mustahil ada pihak yang mengambil kesempatan mewujudkan pangkalan haram baharu.
"... dengan keadaan sekarang mungkin jumlah pangkalan haram bertambah seolah-olah setiap satu kilometer akan wujudnya pangkalan haram," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Kastam Kelantan di sini hari ini.
Beliau berkata meskipun pangkalan itu kecil atau baru diwujudkan, ia merupakan satu laluan haram dan dijadikan tempat menyeludup barangan antara kedua-dua belah negara.
"Kita di sempadan sentiasa perlu bekerjasama dengan kesemua agensi kerana suasana di sempadan di Sungai Golok sesuatu yang sukar dikawal. Kastam sentiasa meningkatkan usaha menyekat kegiatan penyeludupan daripada berleluasa," katanya.
Sazali berkata sepanjang tahun lepas, Kastam Kelantan membuka 670 kertas siasatan dengan rampasan bernilai RM27.9 juta termasuk cukai.
"Rampasan terbesar melibatkan rokok dengan nilai rampasan termasuk cukai sebanyak RM22 juta serta 386 kertas siasatan telah dibuka.
"Bagi tiga bulan pertama tahun ini, pelbagai barangan seludup termasuk cukai bernilai RM6.8 juta telah dirampas dengan 272 kertas siasatan dibuka," katanya.
Menurut Sazali rampasan kereta klon dan motosikal jenis Yamaha RX-Z adalah paling banyak dihasilkan dengan rampasan bernilai RM784,738 termasuk cukai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024
Sazali berkata, pihak kastam sentiasa meningkatkan usaha menyekat kegiatan penyeludupan daripada berleluasa. - Bernama
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat, taburan hujan lebih rendah - MetMalaysia
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak.
Keluarga harap proses hantar pulang jasad kru kapal ke Malaysia dipercepat
Keluarga Muhammad Isa Muhammad Veeramohan, 31, kru kapal warga Malaysia yang maut di Bangladesh Rabu lepas, berharap kerajaan membantu percepat penghantaran pulang jenazah.
Pantau Belanjawan 2023: Menjamin kelestarian bandar, dan keselamatan orang ramai
Secara umumnya, statistik kes pokok tumbang menunjukkan peningkatan di seluruh negara. Pada 2021, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melaporkan 3,081 kes dan meningkat kepada 3,358 kejadian pada tahun berikutnya. Bagi tahun 2023 pula, sebanyak 499 kes dilaporkan hanya dalam tempoh Januari hingga Februari.
Perhilitan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Dabong
Perhilitan Kelantan menangkap seekor gajah jantan liar yang mengganggu kehidupan penduduk sekali gus memberikan kelegaan di Kampung Kemubu, Dabong di sini pada Isnin.
JKDM Kelantan rampas minuman keras RM1.2 juta
JKDM Kelantan merampas 24,500 liter minuman keras yang dibawa masuk ke negara ini tanpa dokumen pengimportan yang sah bernilai RM1.2 juta.
Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1.3 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 1,690,000 batang rokok seludup bernilai RM1,133,990 termasuk cukai dalam serbuan di Jalan Kampung Gunong, di Bachok pada 24 Julai lepas.