PASIR GUDANG: Kira-kira 250 nelayan pesisir pantai di Kampung Pasir Gudang Baru di sini mengalami kesukaran untuk turun ke laut akibat pencemaran sisa buangan yang tidak diketahui punca.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati keadaan di sekitar jeti dipenuhi tompokan putih.
Golongan nelayan di sini mengambil pendekatan tidak turun ke laut kerana gusar sisa tidak diketahui itu boleh merosakkan peralatan mereka.
Ketua Kampung Pasir Gudang Baru Mukim Plentong, Daud Saad berkata, beliau menerima maklumat sisa itu wujud sejak empat hari lalu.
“Nelayan mendakwa air mula menunjukkan tompokan putih dan keadaan ini semakin membimbangkan setiap hari dengan permukaan sudah diselaputi lapisan putih.
“Kita harap keadaan ini tidak begitu serius tetapi sebelum ini penduduk terpaksa menanggung akibat apabila berwarna hitam kerana masalah kumbahan.
"Penduduk baru sahaja lega tetapi masalah lain pula dialami,” katanya ketika ditemui di Jeti Nelayan Kampung Baru Pasir Gudang di sini pada Isnin.
Seorang nelayan, Hassan Mohamad, 60 berkata, sudah tidak turun ke laut sejak empat hari lalu kerana keadaan tersebut menyukarkan pergerakan dan meninggalkan kesan di dasar bot.
“Kita tidak tahu kesannya jika melekat pada enjin bot, Lagipun jajaran tompokan putih ini mencapai sehingga dua kilometer.
Hassan memberitahu, dia tidak pernah melihat kotoran seperti itu sejak 40 tahun menjadi nelayan malah permukaan laut kelihatan diselaputi bahan kimia dan tidak mudah dicuci.
Seorang lagi nelayan, Alimman Jamal, 48, mahu agensi berkaitan mengambil tindakan segera kerana penduduk terutama nelayan sukar mencari rezeki.
“Ini bukan hanya kerana pencemaran tetapi kami akan mengalami kerugian jika peralatan rosak. Sekarang semua bukan murah dan ia akan jadi beban.
“Kami boleh mencuci bot tetapi kos mengganti jaring atau pukat lebih tinggi jika rosak terutama membabitkan peralatan berjenama,” katanya.
Penduduk, Jamil Hussein, 50 pula berharap tindakan segera dapat diambil kerana perkara itu turut membabitkan keselamatan penduduk.
“Kita sebenar risau juga sebab tidak tahu bahan apa. Jadi perlu tahu keputusan cepat sama ada memudaratkan atau sebaliknya.
“Sebahagian besar penduduk di sini adalah nelayan yang menjadi punca pencarian mereka tetapi paling penting ialah hasil tangkapan mereka selamat untuk dimakan atau sebaliknya,” katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) Zon Rinting 2, Mohd Azizi Mohmad berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak berkaitan dan laporan juga telah disampaikan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS).
“Saya sendiri juga telah tengok keadaan ini dan laporkan kepada pihak berkaitan. Kita tidak mahu perkara ini berlarutan kerana di sini juga bukan semata-mata perkampungan nelayan sahaja.
“Kawasan ini juga menjadi tarikan pelancongan ke Johor terutama kaki pancing ketika Pelan Pemulihan Negera (PPN) Fasa Empat yang diumumkan. Jadi kita mahukan kawasan selamat dan bersih untuk dikunjungi,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Nov 22 2021
Tompokan putih yang didakwa sisa buangan mula memenuhi kawasan sekitar jeti Kampung Pasir Gudang Baru. (Gambar kecil: Hassan, Jamil, Alimman dan Dollah)
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kanak-kanak 11 tahun, remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Masai
Jenazah mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.33 pagi.
Kanak-kanak lemas jatuh sungai, seorang lagi hilang
Mangsa ditemui pada jam 5.06 pagi pada jam jarak kira-kira 50 meter dari lokasi dia dilaporkan jatuh.
Kanak-kanak, remaja lelaki lemas di Sungai Masai
Keseronokan enam kanak-kanak dan remaja lelaki bermain di sekitar sungai, bertukar tragedi apabila dua daripadanya ditemukan lemas di Sungai Masai berdekatan Taman Masai Utama, di sini pada Ahad.
Sungai Masai dicemari sisa putih
Golongan nelayan di sini mengambil pendekatan tidak turun ke laut kerana gusar sisa tidak diketahui itu boleh merosakkan peralatan mereka.
Pencemaran Sungai Masai bukan berpunca dari loji kumbahan
Pemeriksaan yang dibuat mendapati pelepasan sisa buangan bukanlah punca pencemaran di Sungai Masai.