BERUAS:Perusahaan kolam udang di kawasan seluas 121 hektar di Sungai Segari di sini, telah diluluskan dan diberikan hak milik kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), sejak 2019.
Malah Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad yang juga Pengerusi PPPNP berkata, sebelum tanah itu diberikan sepenuhnya kepada PPPNP untuk tujuan berkenaan, ia telah terlebih dahulu melalui beberapa proses termasuk mendapatkan ulasan dari semua jabatan dan agensi, sehingga mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri ketika itu.
Katanya ini termasuk ulasan serta pandangan dari Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Pertanian, bagi mengenal pasti sama ada kawasan itu sesuai untuk ternakan udang.
"Setelah komen diperolehi dan semua laporan itu positif, tanah itu diluluskan kepada PPPNP. Maknanya kawasan ini sesuai diberi kepada PPPNP untuk ternakan udang.
"Tanah ini kepunyaan PPPNP secara sah. Tanah kita dapat kita kena usaha dan jana pendapatan dan dari pendapatan itu, kita dapat bayar cukai dan premium. Kalau tidak diusahakan buat apa kita ambil," katanya pada Ahad.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan badan bukan kerajaan Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) yang mendakwa, kawasan itu tidak mempunyai Kebenaran Merancang (KM) serta tiada Kebenaran Kerja Tanah dari Majlis Perbandaran Manjung (MPM), untuk membuat ternakan udang.
Saarani berkata sehingga kini, PPPNP telah memilih sebanyak sembilan syarikat untuk diberikan sewa selama lima tahun, bagi menjalankan aktiviti berkenaan pada Disember lalu.
"PPPNP dapat duit sewa, itulah pendapatannya. Jadi, inilah yang dibuat penyewa itu dan mereka sedang membersihkan kawasan ini dan terpaksa mencabutkan pokok-pokok ini, sebab itu tanah dia.
"Barangkali belum dapat KM. Ini belum peringkat kita buat perusahaan udang, kita belum pun buat belat dia. Ini baru peringkat ini (membersihkan kawasan). Sama ada sekarang atau nanti, tetap perlu cerahkan (aktiviti pembersihan)," katanya.
Sementara itu, Saarani berkata pihaknya akan menanam semula bakau di rizab sungai yang diceroboh pengusaha ternakan udang secara haram sebelum ini, di sekitar kawasan berkenaan.
"Permintaan orang kampung yang mahukan rizab sungai untuk mereka cari makan. Mereka juga minta supaya ditanam pokok bakau, bagi menunjukkan kawasan sempadan (rizab sungai) dan mereka sedia membantu.
"Apa salahnya, kita akan tanam semula bakau (di kawasan rizab sungai) untuk kebaikan kita dan kita (kerajaan negeri) tawarkan bantuan dan orang kampung bantu kita untuk tanam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 31 2021
Saarani berkata pihaknya akan menanam semula bakau di rizab sungai yang diceroboh pengusaha ternakan udang secara haram sebelum ini, di sekitar kawasan berkenaan.
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
Sungai Segari hak milik PPPNP buat ternakan udang sejak 2019
Ia telah melalui beberapa proses termasuk mendapatkan ulasan dari semua jabatan dan agensi, sehingga mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri ketika itu.