KUALA LUMPUR: Tahukah anda bahawa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) disambut dan diaplikasikan oleh 193 buah negara sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 25 September 2015 di New York, Amerika Syarikat?

SDG meliputi 17 matlamat merangkumi 169 sasaran dan lebih daripada 240 indikator yang menjadi hala tuju serta garis panduan pembangunan global secara mampan sepanjang tempoh 15 tahun sehingga 2030.

Ia berperanan sebagai dasar tindakan penting negara dalam merangka polisi untuk memastikan masa depan yang mampan. SDG bersifat menyeluruh bagi menyahut cabaran pembangunan dunia moden termasuk ekonomi, sosial, politik serta alam sekitar.

Kemampanan dan inklusiviti sebenarnya sudah menjadi tumpuan utama dalam pembangunan Malaysia menerusi Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan bermula tahun 2000 hingga 2015.

MDG juga memberi fokus terhadap usaha pengurangan miskin tegar di samping komitmen negara untuk mencapai lapan sasaran dalam tempoh 15 tahun. Pelaksanaan SDG merupakan kesinambungan MDG melalui Agenda 2030 bagi tempoh 2016 hingga tahun 2030.

Pelaksanaan SDG turut diintegrasikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

SDSN atur gerak kepakaran teknologi

Bagi mencapai matlamat tersebut, semua pihak berkepentingan termasuk entiti swasta perlu memainkan peranan masing-masing bagi memahami dan melaksanakan matlamat pembangunan mampan ini khususnya ketika berdepan krisis kesihatan global ekoran penularan pandemik COVID-19.

SDSN Malaysia naungan Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC) berpusat di Sunway University.

Sehubungan dengan itu, Sustainable Development Solutions Network (SDSN) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berusaha mengatur gerak kepakaran teknologi dan saintifik global bagi menggalakkan penyelesaian praktikal dalam pembangunan mampan, termasuk pelaksanaan SDG.

Selaras dengan itu, SDSN Malaysia akan menganjurkan acara Forum Penyelesaian Nasional (NSF) pada 28 April ini bagi mengetengahkan penyelesaian terbaik yang dikenal pasti dalam kalangan rangkaian SDSN tempatan.

NSF 2022 turut  membariskan para tetamu kehormat termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Bin Mohamed; Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah AO; Pengerusi Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development, Prof. Jeffrey D. Sachs serta Dekan Bersekutu (Penyelidikan dan Pengajian Lepasan Ijazah) Sunway University, Prof. Mohamed Kheireddine Aroua.

SDSN Malaysia di bawah naungan Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC) ini berpusat di Sunway University.

NSF 2022 – komitmen bersama Sunway dan SDSN untuk mencapai matlamat SDG
Acara ini merupakan salah satu cabang inisiatif Forum Penyelesaian Global (GSF) yang dianjurkan di New York, Amerika Syarikat pada September 2019 lalu, bersempena dengan Persidangan Antarabangsa mengenai Pembangunan Mampan (ICSD).

Sunway City Kuala Lumpur merupakan salah satu pusat UN-SDSN selain bandar New York dan Paris bagi tujuan penyelarasan inisiatif kemampanan.

Inisiatif ini mempamerkan komitmen Sunway terhadap agenda kemampanan melalui pembangunan SDG di rantau Asia.

Malahan, Sunway City Kuala Lumpur pada dasarnya merupakan salah satu pusat UN-SDSN selain bandar New York dan Paris bagi memacu penyelarasan inisiatif kemampanan masing-masing bagi benua Asia, Amerika, Eropah serta Afrika.

Tema bagi NSF 2022 ialah ‘Kesejahteraan’ di mana ia turut merangkumi aspek keselesaan, kesihatan dan kegembiraan.

Berkenaan SDG pula, ia merujuk kepada kesejahteraan manusia dan planet.

Justeru, inisiatif penyelesaian merangkumi pelbagai bidang termasuk pengurangan kemiskinan, peningkatan keselamatan dan nutrisi makanan, kualiti dan kesamarataan pendidikan, peningkatan penjagaan kesihatan, kesamarataan jantina, serta perhubungan budaya.

Kesemua sembilan finalis ini akan membentangkan projek masing-masing bagi menonjolkan penyelesaian berkaitan SDG di peringkat tempatan.

Sembilan finalis pamerkan inisiatif penyelesaian SDG
NSF 2022 telah mengenalpasti sembilan inisiatif penyelesaian yang diketengahkan oleh para peserta. Kesemua sembilan finalis ini akan membentangkan projek masing-masing bagi menonjolkan penyelesaian berkaitan SDG.

Para finalis bakal menerima Geran Dana Projek tajaan Sunway berjumlah RM10,000 bagi setiap projek. Bukan itu sahaja, inisiatif penyelesaian terunggul antara sembilan projek yang dikemukakan akan menerima dana tajaan tambahan bernilai RM10,000.

Inisiatif ini menawarkan peluang kepada SDSN Malaysia untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam usaha mengembangkan penyelesaian khusus bagi menangani isu-isu tempatan.

Para finalis juga dapat memanfaatkan platform ini dengan berhubung melalui jaringan rangkaian serta ekosistem Sunway dan SDSN Malaysia untuk memajukan penyelesaian mereka dalam pembangunan alam sekitar dan manusia sejagat.

Ingin menyaksikan NSF 2022 secara langsung pada 28 April ini? Adakah anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif SDSN Malaysia dalam usaha menangani isu komuniti tempatan? Ayuh   mendaftar dengan melayari laman web rasmi SDSN Malaysia di sdsn.org.my