awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar lakukan walkabout, bersarapan bersama komuniti di Gaya Street

Bernama
Bernama
09/11/2025
02:55 MYT
PM Anwar lakukan walkabout, bersarapan bersama komuniti di Gaya Street
Anwar meluangkan kira-kira sejam beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di Pasar Pagi Gaya Street, Kota Kinabalu. - Facebook Anwar Ibrahim
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini mengadakan sesi ramah mesra atau 'walkabout' serta bersarapan bersama komuniti setempat di Pasar Pagi Gaya Street, Jalan Gaya di sini.
Ketibaan beliau pada 8.35 pagi disambut oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Seri Dr Sabin Samitah serta pengunjung di pasar itu yang lebih dikenali sebagai 'Tamu Gaya Street'.
Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah.
Anwar memulakan sesi lawatan dengan mendengar taklimat daripada pihak DBKK sebelum meluangkan kira-kira sejam beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di pasar berkenaan, yang terkenal termasuk di kalangan pelancong asing.
Perdana Menteri kemudiannya menikmati nasi lemak di salah sebuah restoran berhampiran sebelum bergerak ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah untuk merasmikan Program Rancakkan MADANI Sabah.
Sementara itu, seorang pengunjung, Robert Lius, 56, berkata beliau amat teruja kerana berpeluang berjumpa dan bersalaman dengan Perdana Menteri.
"Hari ini saya datang bersama keluarga untuk membeli pelbagai barangan dan kebetulan pula Perdana Menteri hadir di sini. Saya sebenarnya tidak tahu, Perdana Menteri akan datang, rasa bertuah dapat berjumpa beliau," katanya.
Tamu Gaya Street hanya diadakan setiap hari Ahad bermula pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari, menawarkan pelbagai barangan termasuk bahan mentah, pakaian, barang antik, produk kraftangan tempatan, dan lain-lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Sabah
#walkabout
#Tamu Gaya Street
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan