PETALING JAYA: Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN-SDSN) Asia bersama Kumpulan Sunway dan Yayasan Jeffrey Cheah terus komited dalam menganjurkan Forum Penyelesaian Asia Pasifik (APSF) 2023 bagi mengangkat naratif agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat serantau.
Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Sir Jeffrey Cheah KBE AO berkata, forum pada kali ini memberi tumpuan dalam menyemarakkan kerjasama rentas sempadan antarabangsa, melangkaui fahaman politik serta hanya memberi tumpuan terhadap kepentingan kemanusiaan.
“Kami yakin bahawa model kerjasama seperti ini mampu membantu dalam membangunkan lebih usaha yang progresif, bersifat inklusif bagi masa depan rantau serta dunia yang mampan. Kumpulan Sunway dan UN-SDSN memainkan peranan penting dalam memacu naratif awam terhadap skala pelaksanaan penyelesaian.
“Malah, kerjasama jangka panjang ini mengumpulkan para pelabur daripada pelbagai sektor dalam mempertimbangkan transformasi terbaik bagi memperkukuhkan peluang usaha sama dalam kalangan pelaksana tempatan,” katanya ketika berucap dalam APSF 2023 di Sunway Resort Hotel.
APSF 2023 mengetengahkan enam finalis dari rantau Asia Pasifik yang membentangkan solusi daripada cabaran-cabaran berkaitan SDG di negara mereka yang turut boleh dipraktikkan di negara-negara rantau lain.
Penyelesaian berkaitan SDG tersebut adalah dari Indonesia, Filipina, Thailand dan Malaysia selain turut menerima penyertaan dari Jepun, Korea Selatan, India serta Kazakhstan.
Dalam pada itu, menurut Naib Presiden SDSN Asia dan Ketua Pejabat Profesor Kuala Lumpur, Woo Wing Thye, penyedia penyelesaian sukar memperoleh acara dalam mempamerkan impak daripada pelaksanaan penyelesaian mereka.
“Dengan adanya penglibatan antara pihak kerajaan, sektor swasta serta pembangun penyelesaian mampan seperti ini mampu membolehkan adaptasi teknologi lebih pantas dan luas.
“APSF memberi ruang kepada penyedia penyelesaian untuk berkongsi cabaran yang mereka hadapi serta solusi utama daripada inisiatif dilaksanakan oleh pakar-pakar di kalangan akademia, masyarakat sivil dan Kerajaan,” ujarnya.
Menerusi APSF 2023, penyelesaian terpilih merangkumi pembangunan pelan janakuasa mudah alih mini hidro dalam membangunkan hala tuju pembebasan sifar karbon serta peralatan-peralatan bagi logistik yang mampan dan perkhidmatan penghantaran barang.
Penyelesaian turut meliputi bidang serta disiplin yang luas dalam mendepani cabaran di peringkat tempatan, nasional serta rantau.
Dalam pada itu, sebagai sebahagian komitmen berterusan Kumpulan Sunway dalam pembangunan negara dan UN-SDG, Kumpulan itu menyalurkan AS$20 juta (RM93.84 juta) kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Yayasan Jeffrey Cheah.
Dana tersebut adalah bagi membiaya pembangunan Jeffrey Sachs Center for Sustainable Development di Sunway University selain penubuhan ibu pejabat UN-SDSN di Sunway City Kuala Lumpur.
Haikal Raman
Fri Nov 10 2023

Forum pada kali ini memberi tumpuan dalam menyemarakkan kerjasama rentas sempadan antarabangsa, melangkaui fahaman politik serta hanya memberi tumpuan terhadap kepentingan kemanusiaan. (Empat, kanan) Tan Sri Sir Jeffrey Cheah KBE AO.
KPN sahkan tiada laporan polis terhadap Kwong Wah Yit Poh
Polis setakat ini belum menerima laporan ke atas akhbar Kwong Wah Yit Poh berhubung penyiaran bendera Malaysia dalam keadaan tidak lengkap di akaun Facebook rasmi media itu.
Polis kesan wanita dipukul di lampu isyarat
Seorang wanita yang dipukul di lampu isyarat Persimpangan Taman Budiman Valley, Seksyen U15, Shah Alam diminta tampil membuat laporan polis dengan kadar segera.
Kerajaan disaran guna teknologi AI, digital perkasa urus tadbir pilihan raya
Kerajaan disaran memperkasakan pengurusan pilihan raya negara dengan menerapkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem digital moden bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan proses pilihan raya yang lebih cekap, telus dan menjimatkan kos.
Arab Saudi kuatkuasa permit masuk ke Mekah bermula 23 April untuk musim Haji
Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi mewajibkan semua yang ingin memasuki Mekah untuk mendapatkan permit masuk yang sah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
AWANI Borneo [19/4/2025] – Tegas PM | PRN Sabah | Jom Masuk U
#AWANIBorneo bersama Jasmine Abu Bakar.
- Mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
- GRS akan tentukan kerjasama terbaik demi capai mandat
- KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
- GRS akan tentukan kerjasama terbaik demi capai mandat
- KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Hanya satu kelas teori untuk lesen motosikal, motokar mulai 1 Ogos - Loke
Loke berkata penambahbaikan berkenaan dijangka menjimatkan kos selain memendekkan tempoh proses mendapatkan lesen memandu.

Bekas pemain kebangsaan Croatia Nikola Pokrivac maut kemalangan jalan raya
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Croatia, Nikola Pokrivac maut dalam kemalangan jalan raya pada usia 39 tahun.
Mudahkan maklumat laluan pendidikan tinggi
Karnival Jom Masuk U (JMU 2025) menjadi platform penting menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa.
KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Tiada perubahan syarat visa Amerika Syarikat bagi rakyat Malaysia - Wisma Putra
Tiada perubahan terhadap syarat visa atau dasar imigresen yang secara khusus memberi kesan kepada warganegara Malaysia yang melancong atau menetap di Amerika Syarikat, menurut Kementerian Luar.

Raja Muda Selangor berkenan sertai Sinar Ramadan Sunway, kongsi keceriaan kepada lebih 100 anak yatim
Kumpulan Sunway meneruskan inisiatif #SunwayforGood Sinar Ramadan di Rumah Amal Raudhatul Jannah di sini, bagi membawa keceriaan raya kepada lebih daripada 100 kanak-kanak dari empat rumah anak yatim.

Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim
Siri sambutan perayaan utama tahunan Kumpulan Sunway (Sunway) kembali dengan #SunwayforGood Sinar Ramadan bagi berkongsi keceriaan kepada lebih 4,000 komuniti masyarakat kurang bernasib baik.

Sunway dan UN-SDSN Asia pacu agenda penyelesaian SDG di Asia Pasifik
UN-SDSN Asia bersama Kumpulan Sunway dan Yayasan Jeffrey Cheah terus komited dalam menganjurkan Forum Penyelesaian Asia Pasifik 2023 bagi mengangkat naratif agenda SDG di peringkat serantau.

Sunway sasar buka hospital, pusat beli-belah di Ipoh menjelang 2025
Pembinaan hospital dan pusat beli-belah di Bandar Sunway Ipoh merupakan sebahagian daripada RM2 bilion pelaburan syarikat itu.

RM2 bilion pelaburan di Sunway City Ipoh dalam tempoh tujuh tahun
Kumpulan Sunway akan membelanjakan RM2 bilion untuk melaksanakan pelbagai pembangunan di Sunway City Ipoh dalam tempoh tujuh tahun akan datang.