Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan rayuan supaya ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditempatkan di hospital sementara menunggu pembedahan otot bahu yang akan dilakukan pakar dari Georgetown University, Amerika Syarikat.
Dalam surat terbukanya kepada Najib, Nurul Izzah turut menyatakan kebimbangan kesihatan bekas ketua pembangkang itu semakin teruk.
“Saya kira Anwar yang juga merupakan bekas pegawai kerajaan kedua tertinggi di negara, sewajarnya mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada mantan Menteri Besar Selangor (Dr Mohamad Khir Toyo) yang diberi kemudahan tahanan parol di rumah walaupun sabitan kurang setahun.
“Saya tidak boleh terus melihat kesihatan ayahanda (Anwar) terus merosot dengan tempat penahanan yang tidak sesuai dengan keperluan ayahanda,” katanya dalam surat tersebut.
Anwar, 69, kini menjalani tahun kedua hukuman penjara lima tahun, selepas disabitkan dengan kesalahan liwat pada Februari tahun lalu.
Nurul Izzah berkata ayahnya dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain secara drastik dan ia antara faktor beliau mengalami tekanan darah tinggi.
“Dari penjara ke mahkamah, penjara ke hospital, kemudian ke penjara lagi. Pastinya proses perpindahan ini akan menyebabkan tekanan darah menjadi tidak menentu,” katanya.
Minggu lalu, Anwar, yang pernah menjalani pembedahan sakit belakang di Jerman sejurus pembebasannya pada 2004, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas beliau mengadu sakit belakang kronik sebulan selepas beliau dirawat akibat tekanan darah tidak stabil.
Nurul Izzah berkata Anwar sepatutnya menerima rawatan fisioterapi berkala sementara menunggu pembedahan “reverse shoulder replacement” untuk kesakitan otot bahu kanan akibat kemalangan 2 tahun lalu, dan melarat sehingga kerosakan otot.
Menurutnya, penahanan di dalam lokap tanpa katil pada bulan pertama Anwar di penjara menyebabkan kecederaan bahu beliau semakin runcing.
Sementara itu, isteri Anwar yang juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata keadaan suaminya berada dalam keadaan tidak stabil ditambah sakit dibahagian bahu.
"Dia telah dibawa masuk balik ke penjara walaupun saya kira bahawa dia perlu pemantauan kerana tekanan darah dia memang amat mencabar. Sakit bahunya masih lagi dan sakit belakangnya berulang kembali.
"Namun disebabkan mungkin pihak penjara tidak mempunyai cukup kakitangan untuk dia dibawa balik," katanya ketika ditemui media di Georgetown, Pulau Pinang pada Rabu.
Astro Awani
Wed Jun 22 2016
Nurul Izzah berkata Anwar sepatutnya menerima rawatan fisioterapi berkala sementara menunggu pembedahan -reverse shoulder replacement- untuk kesakitan otot bahu kanan akibat kemalangan 2 tahun lalu, dan melarat sehingga kerosakan otot. - Gambar fail
Ketua PBB gerakkan pemimpin global untuk tindakan iklim menjelang 2025
PBB melancarkan inisiatif Janji Iklim 2025 pada Selasa, usaha bersepadu global untuk mencegah suhu daripada meningkat melebihi 1.5 darjah Celsius seperti yang termaktub dalam Perjanjian Paris.
Universiti Malaysia diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
Universiti Malaya dikecam kerana jemput pensyarah pro-Israel
Universiti Malaya mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis.
Tragedi helikopter: Jenazah mangsa di Perak selamat dikebumi, jasad Sivasutan disemadi esok
Urusan pengebumian dua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di Perak selesai kira-kira 9.25 malam ini.
Tumpuan Khamis - 25 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Surat terbuka Nurul Izzah kepada PM: Mohon pertimbang tempatkan Anwar di hospital
Nurul Izzah Anwar memohon Perdana Menteri untuk mempertimbangkan rayuan supaya ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditempatkan di hospital sementara menunggu pembedahan otot bahunya kelak.