awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah didakwa peras ugut suami

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
14/10/2021
06:12 MYT
Suri rumah didakwa peras ugut suami
Tertuduh didakwa dengan niat jahat telah melakukan pemerasan terhadap suaminya dengan cara mengambil wang tunai sebanyak RM13,000 sebagai cagaran sehingga membawa ketakutan kepada mangsa. - Gambar Astro AWANI
KOTA BHARU: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini, di atas pertuduhan memeras ugut suaminya dengan mengambil wang tunai RM13,000, September lalu.
Tertuduh, Alimi Wahidah Shamsul, 33, mengaku tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan jurubahasa di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.
Mengikut pertuduhan, ibu anak dua itu didakwa dengan niat jahat telah melakukan pemerasan terhadap suaminya, Mohd Yasin Junus, 60, dengan cara mengambil wang tunai sebanyak RM13,000 sebagai cagaran sehingga membawa ketakutan kepada mangsa.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah bilik hotel di Kota Bharu sekitar pukul 6.19 petang, pada 21 september 2021.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nazuha Mohd Nasir dan tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ariyani Mohd Amin.
Ugut Suami | Suri rumah dituduh ambil wang RM13,000
Terdahulu, Nazuha menawarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, Ariyani merayu supaya mahkamah mengurangkan jaminan kepada wanita itu kerana menjaga dua anak yang masih bersekolah dan seorang ibu yang uzur.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan dan perlu melapor diri di Balai Polis Kota Bharu pada setiap bulan.
Mahkamah menetapkan 19 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
#Suri Rumah
#peras ugut suami
#Mahkamah Majistret Kota Bharu
#cagaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan