awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah hasilkan beg daripada karpet jana pendapatan

Sinar Harian
Sinar Harian
18/03/2024
05:50 MYT
Suri rumah hasilkan beg daripada karpet jana pendapatan
Suriati berkata harga setiap beg dijual bermula RM15 sehingga RM60. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Kreativiti seorang suri rumah dari Kampung Batu 2, Jalan Kuala Krai di sini, berjaya menghasilkan beg tote pelbagai corak menarik dan berwarna-warni dengan menggunakan karpet.
Suriati Mohd Noor, 55, berkata, beg yang dihasilkan menggunakan karpet biasa dan karpet berbulu itu sangat laris ketika Ramadan kerana digunakan untuk meletakkan telekung ketika ke masjid untuk solat tarawih.
“Kebiasaan beg akan cepat terkopak dan tercabut pada bahagian tali. Jadi, dengan menggunakan kemahiran asas menjahit yang ada, saya cuba menghasilkan beg daripada karpet yang lebih tahan lasak.
"Tidak sangka mendapat sambutan hangat lebih-lebih lagi ketika bulan puasa sebab ramai yang ke masjid untuk solat tarawih,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Ahad.
Ibu 10 cahaya mata itu berkata, dalam sehari, dia mampu menjahit satu hingga dua beg dengan menggunakan benang nilon yang lebih mahal berbanding benang jenis biasa bagi memastikan jahitan beg tersebut tahan lama.
“Pada hari-hari biasa, saya dapat menjual lima hingga enam beg dalam sehari manakala pada Ramadan jualan boleh mencapai 10 beg setiap hari dan akan semakin banyak menjelang Aidilfitri.
“Selain berbulu, beg ini juga terdapat dalam pelbagai corak termasuk flora, abstrak dan batik serta pelbagai saiz boleh didapati hingga mampu memuatkan pakaian untuk dibawa ke mana-mana,” katanya.
Tambah Suriati, dia juga menghasilkan dompet dan beg dengan tali yang lebih panjang mengikut kehendak pelanggan.
Katanya, harga setiap beg dijual bermula RM15 sehingga RM60.
“Saya mahu pelanggan saya memakai beg berkualiti seperti mana saya juga wanita yang mahukan beg-beg berkualiti dan lasak untuk digayakan, namun pada masa sama tetap cantik serta unik,” katanya yang membuka gerai perniagaan di pasar pagi di Medan Ilmu di sini setiap kali kuliah Jumaat sahaja. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#beg daripada karpet
#Suri Rumah
#jana pendapatan
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan