awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah mengaku bersalah buat komen jelik di Facebook terhadap kerabat diraja Selangor

Bernama
Bernama
21/07/2020
08:40 MYT
Suri rumah mengaku bersalah buat komen jelik di Facebook terhadap kerabat diraja Selangor
Suri rumah mengaku bersalah buat komen jelik di Facebook terhadap kerabat diraja Selangor. - Gambar fail
Seorang suri rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik terhadap kerabat diraja Selangor di laman Facebook pada Jun lepas.
Tertuduh, Siti Nurul Ain Mat Nayan, 32, yang juga peniaga dalam talian secara sambilan itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rihaida Rafie.
Mengikut pertuduhan, Siti Nurul Ain didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi internet menerusi telefon bimbit jenis Samsung A30 secara sedar untuk membuat dan memulakan penghantaran komen jelik berkaitan kerabat diraja Selangor di laman Facebooknya dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Pautan itu kemudian dibaca di Istana Mestika, Seksyen 7 di sini kira-kira 10.26 pagi pada 26 Jun lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian dan tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dan menetapkan Jumaat ini untuk dijatuhkan hukuman.
Topic Berkaitan
#diraja
#Facebook
#kerabat
#kerabat diraja Selangor
#komen jelik
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#peniaga
#penjara
#rumah
#Samsung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan