awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah rugi lebih RM150,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
29/04/2025
06:40 MYT
Suri rumah rugi lebih RM150,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Polis menasihatkan orang ramai agar membuat semakan dan pengesahan menyeluruh terhadap platform, syarikat serta individu yang menawarkan pelaburan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang suri rumah kerugian RM150,190 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud menerusi skim yang diiklankan di Facebook.

Ringkasan AI
  • Seorang suri rumah menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
  • Mangsa membuat 13 transaksi pembayaran dan menerima keuntungan RM11,600 sebelum menyedari ditipu.
  • Ketua Polis Pahang menasihatkan orang ramai untuk membuat semakan menyeluruh terhadap platform pelaburan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa berusia 58 tahun telah berurusan dengan tiga individu melalui WhatsApp selepas melihat iklan itu pada 21 Jan dan diarahkan memuat turun aplikasi 'Tung Shing' serta menyertai kumpulan WhatsApp "D2 Stock Market" dan "D02 AID VIP Group".
"Dalam tempoh 23 Feb hingga 18 April mangsa telah membuat 13 transaksi pembayaran ke dua akaun berbeza dengan menggunakan wang simpanan peribadinya. Pada pertengahan April mangsa telah menerima keuntungan RM11,600," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata wanita itu mula menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan baki pelaburan seperti dijanjikan malah mangsa diminta membuat bayaran tambahan untuk mengeluarkan keuntungan hasil pelaburan.
Susulan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar membuat semakan dan pengesahan menyeluruh terhadap platform, syarikat serta individu yang menawarkan pelaburan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.
"Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket penipuan
#pelaburan tidak wujud
#warga emas
#Suri Rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan