awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi benarkan Capital A kurangkan modal, usaha keluar daripada status PN17
'Bukan saya, saya baru ‘clock in’ selepas Kamar Khas' - Kah Woh
Dua maut, dua lagi parah dirempuh Mercedes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket skim pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
21/01/2026
01:50 MYT
Suri rumah rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket skim pelaburan tidak wujud
Mangsa berusia 57 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan berkonsepkan pulangan lumayan dalam tempoh singkat. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang suri rumah kerugian RM50,342 selepas diperdaya sindiket skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 57 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan berkonsepkan pulangan lumayan dalam tempoh singkat yang dilihat di aplikasi TikTok pada 13 Jan lepas.
Beliau berkata mangsa kemudian menghubungi suspek dan ditawarkan pakej pelaburan serendah RM350 dengan janji keuntungan sehingga RM9,000 dalam masa hanya tiga jam.
"Mangsa yang terpengaruh membuat beberapa bayaran modal dan dimaklumkan bahawa keuntungan telah diperoleh.
"Bagaimanapun, untuk mengeluarkan keuntungan tersebut, mangsa diminta membuat bayaran tambahan kononnya bagi menampung kos pengurusan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azli berkata mangsa yang terdesak menggunakan wang simpanannya untuk membuat enam transaksi pembayaran kepada suspek dalam tempoh 14 Jan hingga semalam.
Menurutnya, mangsa tampil membuat laporan polis pada 6.14 petang semalam selepas gagal menghubungi suspek dan mendapatkan semula wang yang dibayar.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#skim pelaburan tidak wujud
#Suri Rumah
#media sosial
#pakej pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan