awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suri rumah rugi lebih RM500,000 terperdaya penipuan pelaburan

Bernama
Bernama
11/06/2025
14:03 MYT
Suri rumah rugi lebih RM500,000 terperdaya penipuan pelaburan
Seorang suri rumah kerugian RM521,450 selepas terperdaya penipuan pelaburan secara bersemuka dalam kejadian di Seberang Perai Utara. - Foto hiasan
GEORGE TOWN: Seorang suri rumah kerugian RM521,450 selepas terperdaya penipuan pelaburan secara bersemuka dalam kejadian di Seberang Perai Utara (SPU), dekat sini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu daripada wanita berusia 57 tahun terbabit semalam.
"Mangsa menyatakan diperkenalkan oleh jirannya berkaitan satu pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa singkat pada 2022 sebelum diperkenalkan kepada seorang wanita yang berperanan sebagai pegawai pemasaran pelaburan itu.
"Wanita itu telah memberikan penerangan kepada mangsa kononnya pelaburan tersebut menawarkan simpanan dan pelaburan satu kali ganda daripada jumlah modal dalam tempoh sebulan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang berminat menyertai pelaburan itu melakukan 51 transaksi ke lima akaun berbeza sejak 4 Mac 2022 hingga 22 Jan 2024 melibatkan RM521,450 sebelum menyedari ditipu apabila suspek kerap memberikan pelbagai alasan apabila mangsa ingin mengeluarkan keuntungan.
Hamzah berkata alasan yang diberikan termasuk pelaburan mangsa belum mencapai tempoh matang dan tidak perlu risau kerana wang modal tersebut selamat disimpan di Bank Negara, selain meminta membuat pelbagai bayaran tambahan seperti bayaran kepada Bank Negara dan yuran guaman bagi urusan mendapatkan modal serta keuntungan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan termasuk mengesan mereka yang terlibat dalam kes penipuan itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suri Rumah
#kerugian
#penipuan pelaburan
#Seberang Perai Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan