Seorang suri rumah, Sit Poh Yee, 41, terkejut besar apabila menerima sebanyak 38 saman termasuk lima kesalahan trafik walaupun keretanya telah lupuskan sejak 2 Mac 2006 lalu.
Sit yang tinggal di Bandar Baru Menglembu berkata, dia amat hairan bagaimana masih lagi menerima saman-saman itu sedangkan keretanya jenis Proton Wira AEX 3233 yang terbabit dalam satu kemalangan telah dilupuskan pada 2 Mac 2006.
Menurut Sit, saman pertama beliau terima bertarikh 26 April 2010 dan yang terakhir pada 7 Mac 2015.
"Saya mahu JPJ siasat perkara ini kerana bimbang ini kegiatan klon kereta oleh pihak tertentu, saya mahu tindakan segera diambil oleh pihak JPJ."
Sit berkata demikian kepada pemberita selepas membuat pengaduan di Pejabat Pusat Khidmat dan Pengaduan MCA Perak di Ipoh pada Jumaat.
Menurut beliau, 33 lagi saman yang diterimanya berupa saman bagi kesalahan meletak kereta yang dihantar oleh Pihak Majlis Perbandaran Seremban.
Tambah Sit, selepas kemalangan itu kenderaannya telah dihantar ke sebuah bengkel kereta dan beliau juga telah menerima pampasan sebanyak RM30,000 dari syarikat insuran AIA.
Sementara itu Pengerusi Biro Perkhidmatan Dan Pengaduan MCA Perak, Jimmy Loh Thim Kheun berharap pihak yang menggunakan kereta berkenaan supaya menghubungi Biro Khidmat dan Pengaduan MCA Perak atau JPJ bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi suri rumah itu.
"JPJ perlu segera membuat siasatan untuk kejadian ini. Jadi saya pun harap pemandu AEX 3233 ada nampak surat khabar ke atau di media-media mana sila hubungi kita di MCA Negeri Perak bagi menyelesaikan masalah ini," kata Jimmy.
Astro Awani
Fri May 29 2015
Seorang suri rumah, Sit Poh Yee, 41, terkejut besar apabila menerima sebanyak 38 saman termasuk lima kesalahan trafik walaupun keretanya telah lupuskan sejak 2 Mac 2006 lalu. - Gambar hiasan
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Suri rumah terkejut terima 38 saman walaupun kereta telah lupus
Seorang suri rumah, Sit Poh Yee, 41, terkejut besar apabila menerima sebanyak 38 saman termasuk lima kesalahan trafik walaupun keretanya telah lupuskan sejak 2 Mac 2006 lalu.