awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Larangan penuh penggunaan plastik sekali guna di Perak ditangguh Mac 2026

Bernama
Bernama
20/12/2025
08:45 MYT
Larangan penuh penggunaan plastik sekali guna di Perak ditangguh Mac 2026
Menjelang Jun 2023, kesemua 15 PBT di Perak telah melaksanakan sepenuhnya langkah mengenakan bayaran untuk penyediaan beg plastik. - Gambar hiasan
IPOH: Larangan sepenuhnya penggunaan beg plastik sekali guna di seluruh Perak yang dijadualkan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun depan ditangguhkan ke 1 Mac 2026, kata Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim.
Beliau berkata larangan itu juga akan berkuat kuasa di kawasan Hutan Simpan Kekal, Taman Negeri Royal Belum dan Taman Negeri Pulau Sembilan, serta tarikan pelancongan Geopark di Lenggong dan Lembah Kinta, termasuk premis tetap seperti pasar raya, kedai serbaneka, restoran makanan segera dan farmasi.
Teh berkata penangguhan selama dua bulan itu demi memberikan masa yang mencukupi kepada rakyat untuk membuat persediaan.
"Taman Negeri Royal Belum dan Taman Negeri Pulau Sembilan di bawah Perbadanan Taman Negeri Perak, serta Geopark Lembah Kinta dan Geopark Lenggong yang dikendalikan oleh pihak pengurusan Geopark Lenggong akan diwartakan sebagai kawasan larangan beg plastik bagi melindungi khazanah alam semula jadi yang bernilai.
"Perbadanan Taman Negeri Perak melaksanakan langkah larangan plastik ini melalui Geoguide (jurupandu geologi) di Tapak Warisan Geologi dan Geotapak, dengan menyediakan peralatan dan kelengkapan yang sesuai semasa penganjuran aktiviti," katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, beliau berkata premis tetap adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) merangkumi pasar raya besar, kompleks beli-belah, kedai serbaneka di stesen minyak, dan kedai rantaian.
Beliau turut memaklumkan kerajaan negeri telah bersetuju untuk menjadi peneraju dalam pelaksanaan dasar terbabit, justeru jabatan serta agensi kerajaan telah diarah menunjukkan teladan dengan beberapa amalan mengelak penggunaan plastik dalam majlis serta aktiviti.
"Langkah ini termasuk menggantikan botol minuman plastik kepada botol kaca atau menyediakan jag air, menggantikan plastik pembalut makanan pada pinggan/ceper/mangkuk dengan penutup makanan yang boleh digunakan semula, tidak menyediakan pinggan/ceper/mangkuk/cawan/perkakas makan yang bersifat sekali guna serta mengelakkan penggunaan straw plastik dan menyediakan dispenser air minuman bagi kemudahan isian semula," katanya.
Kempen Tiada Beg Plastik di Perak diperkenalkan sejak 2022 yang dilaksanakan setiap Sabtu dengan PBT mengenakan caj pencemaran sebanyak 20 sen bagi setiap beg plastik yang diberikan oleh premis kepada pengguna.
Menjelang Jun 2023, kesemua 15 PBT di Perak telah melaksanakan sepenuhnya langkah mengenakan bayaran untuk penyediaan beg plastik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak
#larangan guna plastik
#tarikh berkuat kuasa
#2026
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan