awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2018
10:27 MYT
Suspek bunuh Dr Fadi guna kereta sewa - Ketua Polis Negara
Polis telah mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang dikaitkan dengan kejadian itu di semua pintu masuk dan keluar negara dalam usaha mengesan mereka. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil keterangan pemilik kenderaan sewa dipercayai digunakan suspek pembunuhan imam dan pensyarah dari Palestin Dr Fadi Mohammed Al Batsh, selepas kenderaan itu dilaporkan ditinggalkan di Ampang Hilir, dekat sini semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah mengenal pasti pemilik kenderaan terbabit, namun tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut berikutan kes tersebut masih lagi dalam siasatan.
Malah, selain motosikal berkuasa besar dan kereta disewa itu, pihaknya sedang mengenalpasti beberapa lagi kenderaan lain yang dipercayai digunakan suspek dalam kes itu.
Polis juga yakin suspek mempunyai banyak identiti dan memasuki negara pada awal Januari lalu menggunakan dokumen palsu.
"Jika ada laporan menyatakan kenderaan terlibat jenis Proton Saga, saya tak boleh beritahu kerana ada juga jenis kenderaan lain yang dipercayai digunakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program keagamaan Buddha sempena sambutan Hari Polis ke-211, di Samadhi Vihara, Seksyen U12, di sini hari ini.
Sebuah kenderaan jenis Proton Saga yang disyaki digunakan suspek kes pembunuhan untuk melarikan diri, dilaporkan ditinggalkan di Taman Tasik Ampang Hilir, Ampang, semalam.
Katanya tindakan suspek yang dipercayai menggunakan identiti serta pasport palsu untuk masuk dan berada di beberapa tempat dalam tempoh tiga bulan di negara ini telah menyukarkan pihak berkuasa mengesan individu terbabit.
Sehubungan itu, kata Mohamad Fuzi, pihaknya bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan pasukan keselamatan dari negara-negara ASEAN untuk membantu mengesan suspek seandainya individu berkenaan melarikan diri ke negara jiran.
Mengenai edaran lakaran wajah dua suspek yang dikaitkan dengan kes pembunuhan itu, beliau berkata setakat ini, tiada maklum balas diterima daripada Interpol dan PDRM terus menjalankan siasatan paling maksimum bagi menyelesaikan kes berkenaan.
Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Sabtu lepas, Allahyarham Dr Fadi, 35, ditembak mati ketika dalam perjalanan menuju ke surau di luar sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak, Kuala Lumpur untuk menunaikan solat subuh.
Polis telah mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang dikaitkan dengan kejadian itu di semua pintu masuk dan keluar negara dalam usaha mengesan mereka.
Topic Berkaitan
#kereta sewa
#Mohamad Fuzi Harun
#motosikal berkuasa besar
#Palestin
#pensyarah
#polis
#sewa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan