JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah bersama seorang rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini pada Isnin atas tuduhan membunuh suaminya, dua minggu lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dari tertuduh, Margaret Law, 36, dan rakan lelakinya, Fam Mee Fatt, 53, selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Nurmadiana Mamat.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama membunuh Lee Ming How, 44, di sebuah kediaman di Jalan Nipah, Taman Daya di sini, kira-kira jam 2 petang, 14 Julai lalu.
Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad dan Nur Aqiilah Ahmad Rofaei, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 27 September depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat disamping tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh.
Menerusi prosiding yang sama, kedua-dua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah berbahaya ke dalam badan.
Margaret didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine dan amphetamine ke dalam badan setelah air kencingnya diuji di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) kira-kira jam 1.30 petang, 15 Julai lalu.
Manakala Mee Fatt pula didakwa memasukkan methamphetamine ke dalam badan di tempat sama, kira-kira 12.01 tengah malam, 16 Julai lalu.
Pertuduhan dibacakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akra Dadah Berbahaya 1952
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,700 atau enam bulan penjara jika gagal bayar
Selain masing-masing turut diarahkan menjalani pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.
Pada 15 Julai lalu, media melaporkan, Ming How, ditemukan maut dalam keadaan terbaring di kediaman keluarganya, selepas dipercayai dipukul isteri.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat turut melaporkan, pihak polis menemui dadah jenis syabu dan peralatan penagihan di rumah mangsa.
Margaret ditahan polis pada 15 Julai lalu manakala Mee Fatt ditahan kira-kira 10 malam, hari yang sama sebelum kedua-duanya ditahan reman.
Terdahulu, seorang lelaki ditemukan maut di kediamannya dipercayai dipukul isterinya di Taman Daya, Johor Bahru pada 15 julai lalu.
Mangsa, Lee Ming How, 44 tahun, ditemukan terbaring dengan kesan cedera di bahagian muka dan kepala dipercayai dipukul objek tumpul.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata, pihak polis turut menemui dadah jenis syabu dan peralatan penagihan di rumah mangsa.
Jelasnya, suspek wanita, yang juga isteri mangsa, dikesan mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kes dadah dan satu kes jenayah mendatangkan kecederaan
End
Muhammad Aiman Hakeem
Mon Jul 25 2022

Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Johor Bahru. - Astro AWANI

Dikutuk buka purdah, bersolek, bekas isteri Virgoun minta haters block dirinya
Tindakan mantan isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli membuka purdah selepas mantap mahu bercerai menuai pro dan kontra dalam kalangan pengguna media sosial.

Spotify umum buang 200 kakitangan podcast
Spotify Technology SA mengumumkan akan mengurangkan lagi 200 tenaga kerja unit podcast dalam pusingan kedua penstrukturan syarikat tersebut.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Sabak Bernam.

Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Langkah adaptasi dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang - Pengarah Eksekutif UN-Habitat
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata langkah adaptasi iklim dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang.

China komited kepada kedamaian kerjasama dan pembangunan
China akan memelihara kedamaian dunia dengan tindakan konkrit di samping aktif menyumbang untuk menawarkan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa.

Teman lelaki ugut bunuh, kekasih enggan berkahwin
Keputusan seorang wanita untuk tidak berkahwin dengan teman lelakinya mengundang amarah suspek apabila mengugut mahu membunuh mangsa.

Sebabkan kematian tanpa niat, dua beradik bersama tiga rakan dihukum penjara 18 tahun
Lima lelaki termasuk dua beradik yang sebelum ini didakwa membunuh seorang penagih dadah dihukum penjara 18 tahun.

Suami isteri direman kes bunuh warga emas
Sepasang suami isteri direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas di Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang semalam.

Lelaki didakwa bunuh kekasih hamil
Tertuduh bertindak membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di sebuah kebun kelapa sawit 22 Mei lalu.

Penganggur didakwa bunuh wanita warga emas
Suhaimi Shamsudin, yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, V Vanita.

Polis cari dua saksi bantu perbicaraan kes bunuh warga Indonesia
Polis sedang mengesan dua saksi penting bagi membantu perbicaraan kes bunuh seorang lelaki Indonesia di Hospital Kajang pada 2018.

Luka tikaman di dada punca kematian pelayan restoran
Punca kematian pelayan restoran yang dibunuh kejam sekitar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Isnin lepas adalah dari luka tikaman pada bahagian dada.

Suspek serangan tikam, tembak akibatkan 4 maut di Jepun ditahan
Lelaki itu ditahan di hadapan rumah bapanya di bandar Nakano, lapor stesen televisyen Jepun NHK dan Agensi Berita Kyodo.

Wanita warga emas ditemui maut dengan kesan kelar, tikaman pada leher, telinga, pipi
Seorang wanita warga emas ditemui maut dalam keadaan separuh bogel dengan kesan potong serta tikaman pada telinga, leher dan pipi di sebuah rumah di Kampung Tersusun Lima, Kerian pada Selasa.

Dekriminalisasi cubaan bunuh diri ambil kira pandangan syariah - Ramkarpal
Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mengkaji secara mendalam cadangan dekriminalisasi cubaan bunuh diri termasuk dari sudut Islam khususnya syariah dalam usaha memansuhkan kesalahan itu.