awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari

Sinar Harian
Sinar Harian
22/02/2025
03:50 MYT
Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Berdasarkan rakaman CCTV, lelaki terbabit telah mengangkat mangsa dan membawanya ke ruangan lain sebelum dipercayai dicabul.
SHAH ALAM: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu telah mengeluarkan reman terhadap suspek bermula Sabtu.
"Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
"Kita juga sedang menunggu laporan rasmi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk pengesahan berhubung status orang kurang upaya (OKU) suspek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Sebelum itu, Polis Hulu Selangor menerima laporan pada jam 8.19 pagi pada Jumaat berhubung kejadian yang tular di media sosial itu, sebelum suspek ditahan pada hari yang sama di sekitar Batang Kali.
Dalam kejadian itu, tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki menyelinap masuk ke ruang solat wanita sebelum memeluk seorang kanak-kanak yang sedang sujud dari arah belakang ketika sedang lain sedang menunaikan solat Subuh.
Berdasarkan rakaman itu, lelaki terbabit telah mengangkat mangsa dan membawanya ke ruangan lain sebelum dipercayai dicabul.
Mangsa dapat melepaskan diri selepas bergelut dengan suspek. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cabul kanak-kanak
#OKU
#reman
#masjid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan