awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Mayat dua beranak mereput: Polis sahkan tiada unsur jenayah, kematian kekal SDR
DUNIA
PM Thailand Paetongtarn Shinawatra digantung tugas
MALAYSIA
Terima kasih Perdana Menteri beri Kelantan lebih RM6.6 juta - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Suspek ditemukan mati selepas bunuh 2 anggota bomba AS dalam serangan hendap

Bernama
Bernama
30/06/2025
21:30 MYT
Suspek ditemukan mati selepas bunuh 2 anggota bomba AS dalam serangan hendap
Jurucakap Kootenai Health mengesahkan ketiga-tiga anggota bomba dibawa ke hospital, dengan dua daripada mereka meninggal dunia sebaik tiba, manakala seorang lagi dirawat akibat kecederaan. - Gambar fail/X @MAGAVoice
SAN FRANCISCO: Suspek yang disyaki menembak dua anggota bomba sehingga maut dan mencederakan seorang lagi dalam serangan hendap pada Ahad di negeri Idaho, Amerika Syarikat, ditemukan mati, lapor Xinhua memetik pegawai tempatan.
Syerif Daerah Kootenai, Robert Norris pada sidang media Ahad malam berkata kejadian berlaku awal petang ketika anggota bomba sedang bertindak balas terhadap kebakaran belukar di Gunung Canfield berhampiran Bandar Coeur d'Alene.
Anggota bomba melaporkan mereka ditembak oleh individu tidak dikenali yang bersembunyi di dalam hutan.
Satu pasukan tindak balas taktikal menggunakan data telefon bimbit untuk mengesan kawasan hutan di mana mereka menemui mayat suspek bersama senjata api berhampiran, kata Norris sambil menambah: "Kami percaya hanya terdapat seorang penembak di gunung itu pada masa kejadian."
Jurucakap Kootenai Health mengesahkan ketiga-tiga anggota bomba dibawa ke hospital, dengan dua daripada mereka disahkan meninggal dunia sebaik tiba, manakala seorang lagi sedang dirawat akibat kecederaan.
Anggota bomba yang cedera "baru sahaja selesai menjalani pembedahan" dan "dilaporkan dalam keadaan stabil," kata syerif kepada pemberita.
Pihak berkuasa tidak mendedahkan identiti suspek. Dengan kebakaran semakin hampir, mereka terpaksa "mengangkat" mayat suspek untuk siasatan lanjut, kata Norris.
"Kami percaya suspek memulakan kebakaran itu, dan kami percaya ini adalah serangan hendap yang disengajakan," katanya. "Anggota bomba ini tidak mempunyai peluang untuk menyelamatkan diri."
Menurut kenyataan terdahulu oleh pejabat syerif, arahan perlindungan di tempat telah ditarik balik pada Ahad malam, namun kebakaran belukar masih aktif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba AS
#serangan hendap
#kebakaran belukar
#bunuh anggota bomba AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami