awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kedua kes tembak miliki dua kerakyatan

Bernama
Bernama
13/11/2025
09:58 MYT
Suspek kedua kes tembak miliki dua kerakyatan
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan suspek masih diburu pihak berkuasa Thailand. - Bernama
MACHANG: Polis mengesahkan suspek kedua dalam kes seorang lelaki rakyat Malaysia ditembak mati di pekan Sungai Golok pada 1 Nov lepas mempunyai dua kerakyatan.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan suspek masih diburu pihak berkuasa Thailand.
"Mengikut maklumat, suspek masih dalam buruan polis Thailand, selain pihak kami turut bekerjasama dengan pihak berkuasa di sana dalam membantu mengesan suspek di sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Machang di sini hari ini.
Bernama sebelum ini melaporkan polis Thailand sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak mati itu.
Ketua Polis Wilayah Narathiwat Mej Jen Prayong Kotsakha dilapor berkata suspek dikenali sebagai Salip Samae, 27, merupakan penduduk tempatan dan adik kepada seorang lagi suspek, Alif Samae, 31, yang telah menyerah diri kepada polis pada 2 Nov lepas.
Sementara itu, Mohd Yusoff menegaskan bahawa tiada istilah "angkat tangan" untuk melepasi kawalan di pintu sempadan Malaysia-Thailand termasuk bagi orang kenamaan.
"Untuk melepasi pintu sempadan di Malaysia, dokumen perjalanan sah atau pas sempadan diperlukan walaupun mereka bergelar orang kenamaan.
"Kad gabenor yang dimiliki seperti yang didakwa hanya sah digunakan di Thailand, bukan di Malaysia. Taktik "angkat tangan" seolah menjadi tradisi, sebab itu saya menahan mereka supaya amalan ini tidak berterusan," katanya.
Menurutnya pengalaman terdahulu menunjukkan bahawa taktik itu sangat berbahaya.
"Di Pulau Pinang, anggota kami yang menggunakan cara "angkat tangan" akhirnya terbongkar apabila mereka membawa masuk bom tangan, senapang dan pistol untuk dijual...mereka yakin tidak akan diperiksa," katanya.
Pada 7 Nov lepas, polis menahan lapan individu selepas memasuki Kelantan tanpa dokumen sah, dipercayai dengan hanya mengangkat tangan, di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
Beliau berkata pihaknya kini menunggu arahan selanjutnya daripada Timbalan Pendakwa Raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#suspek kes tembak
#Sungai Golok
#dua kerakyatan
#polis thailand
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan