awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes samun, rogol ditahan semula tidak sampai 24 jam

Hakim Rahman
Hakim Rahman
20/06/2017
08:34 MYT
Suspek kes samun, rogol ditahan semula tidak sampai 24 jam
Suspek lelaki warga Indonesia itu ditahan kira-kira jam 7 pagi tadi di Kampung Baru, Hicom, Shah Alam. -Foto PDRM
Seorang suspek kes samun dan rogol ditahan semula tidak sampai 24 jam setelah melarikan diri daripada tahanan polis kira-kira jam 3 petang semalam..
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Yusoff Mamat berkata suspek lelaki warga Indonesia itu ditahan kira-kira jam 7 pagi tadi di Kampung Baru, Hicom, Shah Alam.
"Dalam keadaan tidak berpakaian suspek ke sebuah rumah kongsi di kawasan pembinaan di Sungai Indah bagi mendapatkan pakaian dan memotong garinya,
"Selepas itu suspek melarikan diri ke pekan Kapar di mana dia meminta bantuan seorang lelaki untuk menghantarnya ke Kg Baru Hicom dengan bayaran RM60," katanya ketika dihubungi.
Polis kini menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada penjagaan yang sah.
Dalam kejadian petang semalam suspek berpura-pura ke tandas untuk membuang air, namun kemudian menanggalkan jeriji besi pada tingkap dengan mengikat seluar yang dipakainya pada jeriji sebelum melarikan diri dari tandas pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Klang Utara, dekat sini.
Suspek didakwa merogol seorang wanita berusia 34 tahun ketika dia dan dua lagi rakannya memecah masuk rumah mangsa di Kampung Rantau Panjang pada 7 Jun lalu.
Ketika kejadian, suami mangsa sedang tidur di ruang tamu bersama anak lelaki pasangan itu yang berusia 4 tahun.
Topic Berkaitan
#suspek kes samun dan rogol
#tandas IPD Klang Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan