awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman

Bernama
Bernama
15/04/2024
12:30 MYT
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Mohd Shuhaily berkata ketika ini, polis sedang menyoal siasat dan mengumpul maklumat daripada suspek. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ketika ini, polis sedang menyoal siasat dan mengumpul maklumat daripada suspek.
"Hari ini kita akan proses dulu (soal siasat) suspek yang kita tahan tadi dan dia berada dalam keadaan sihat.
"Setelah polis selesai kumpul semua maklumat ke atas suspek, barulah kami akan buat sidang media pada 9 pagi esok di sini (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan IPK Kelantan hari ini, selepas menerima taklimat berhubung kes itu.
Hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek terlibat dengan kejadian tersebut telah ditahan pada kira-kira 3 petang tadi, di satu lokasi di Kota Bharu, Kelantan.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi semalam, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya. Pengawal peribadi berkenaan sedang dirawat di sebuah hospital, dalam keadaan stabil.
Polis sebelum ini berusaha mengesan Hafizul Harawi, 38, bagi membantu siasatan kes berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Ketua Polis Negara
#pengawal peribadi
#membantu siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan