MALAYSIA
Suspek kes tikam di Guar Chempedak direman 6 hari
Suspek berusia 29 tahun yang direman bagi membantu siasatan kes bunuh wanita dan peniaga telefon bimbit di Kompleks Mahkamah Sungai Petani, hari ini. - Foto Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki yang disyaki menikam seorang wanita dan peniaga telefon bimbit sehingga mati di Taman Nona, Guar Chempedak, di Yan, dekat sini, direman enam hari bermula hari ini sehingga 18 September.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa terhadap suspek berusia 29 tahun itu bagi polis melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ketua Polis Daerah Yan Supt Mohamad Hamizi Abdullah berkata, suspek ditahan di Kuala Terengganu jam 9.45 pagi Jumaat.
Bagaimanapun, status hubungan antara suspek dan mangsa wanita masih dalam siasatan lanjut.
Astro AWANI melaporkan Khamis lalu seorang lelaki dan wanita ditemukan maut dengan beberapa kesan tikaman pada badan di Taman Nona di Guar Chempedak.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa lelaki dijumpai dalam keadaan terlangkup di atas jalan di hadapan sebuah rumah di situ, manakala mangsa wanita di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.
Jarak lokasi mangsa lelaki ditemui dengan kereta adalah kira-kira tujuh meter.
Kedua-dua mangsa berusia 30 dan 28 tahun itu yang menaiki kereta Proton Wira dikatakan diserang seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan mangsa wanita menggunakan senjata tajam.