awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek lelaki ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Bernama
Bernama
17/03/2013
11:54 MYT
Suspek lelaki ditembak, polis selamatkan mangsa culik
Polis berjaya menyelamatkan seorang jurutera warga Jepun yang diculik sekumpulan warga asing bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah US$50,000 (RM156,000) sejak Selasa, dalam satu operasi di Kajang, Selangor, semalam.
Dalam operasi pukul 9 malam itu, polis memberkas tiga lelaki warga Nigeria dan dua wanita Filipina berumur lingkungan 30an di dua buah unit kondominium.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata seorang suspek lelaki ditembak dan mengalami kecederaan di kaki kanan selepas cuba menyerang anggota polis.
Hasil serbuan itu, mangsa berumur 41 tahun itu turut diselamatkan, katanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, Ku berkata jurutera itu datang ke Malaysia pada Selasa lepas kononnya untuk berjumpa dengan seorang suspek wanita yang dikenali melalui 'Skype' untuk berkahwin.
"Selepas menculik mangsa, kumpulan itu telah meminta keluarganya di Jepun memasukkan wang tebusan US$50,000 ke satu akaun bank di Filipina," katanya.
Kesemua suspek ditahan reman 14 hari di bawah Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961.
Topic Berkaitan
#culik
#polis
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan