awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek pecah masuk rumah, bakar langsir diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2022
23:40 MYT
Suspek pecah masuk rumah, bakar langsir diberkas
Beh Eng Lai (foto) berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 28 tahun yang memaklumkan mengenai kes itu pada jam 6.04 petang. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki memecah masuk dan membakar langsir sebuah rumah di Taman Bukit Tunku di sini, membawa padah apabila ditahan pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 28 tahun yang memaklumkan mengenai kes itu pada jam 6.04 petang.
"Bertindak atas laporan tersebut, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian dan menahan suspek berusia 30 tahun yang turut mencucuh sofa dan gambar hiasan dinding di dalam rumah pengadu dengan menggunakan puntung rokok," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Eng Lai berkata, suspek didapati mengalami masalah mental dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.
"Motif kejadian masih dalam siasatan," ujarnya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul ditalian 03-40482222," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bakar langsir
#Beh Eng Lai
#Taman Bukit Tunku
#masalah mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan