awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suspek rempuhan dua kenderaan di Sungai Buloh ditahan

Astro Awani
Astro Awani
27/02/2021
02:00 MYT
Suspek rempuhan dua kenderaan di Sungai Buloh ditahan
Suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Shah Alam semalam. -Gambar fail
PETALING JAYA: Suspek kejadian rempuhan dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, di sini, semalam berjaya ditahan polis.
BACA: Polis tembak kenderaan, pemandu dipercayai bertindak ganas
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Shah Alam semalam, lapor Berita Harian.
"Siasatan mendapati suspek tidak bekerja dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.
"Suspek yang dikenali sebagai Bob Mah Sing yang diburu pihak polis semalam selepas melarikan diri ditahan pada 11.45 malam," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
BACA: Pemandu Proton Waja rempuh kenderaan diberkas, seorang lagi diburu
Pada Jumaat, rakan suspek yang berusia 35 tahun ditahan di kawasan perumahan Desa Aman, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Kedua-dua suspek yang terbabit dalam kejadian itu akan direman hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari Jumaat, kedua-dua lelaki itu tidak mengendahkan polis ketika diminta keluar daripada kenderaan ketika pemeriksaan dilakukan.
Suspek bertindak merempuh beberapa kenderaan yang berada di laluan untuk meloloskan diri.
Rempuh Kereta | Polis tembak kereta, pemandu enggan berhenti
Kenderaan suspek kemudian cuba memecut ke arah Kuala Selangor-Sungai Buloh, namun ditinggalkan di tepi jalan setelah mengalami kebocoran pada tayar akibat ditembak dalam sekatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307, 427 dan 188 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.
Topic Berkaitan
#rempuhan dua kenderaan
#persimpangan lampu isyarat Sierramas
#Nik Ezanee Mohd Faisal
#rekod jenayah
#Bob Mah Sing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan