RAMAI yang keliru susu mana yang bagus. Sebabnya macam-macam susu dengan pelbagai jenama banyak dijual di pasaran sekarang.
Bagaimanapun, perkongsian dari Dr Yazeed Hair Johari ini boleh membantu kita buat pilihan terbaik untuk seisi keluarga.
Sebab pemilihan susu yang betul juga boleh membantu mengekalkan tahap gula dalam badan dan membuatkan badan kekal sihat tanpa peningkatan berat yang mendadak.
FULL CREAM VS LOW FAT
Ini adalah perbandingan di antara full cream milk dan low fat milk. Kalau anda perhatikan, kandungan gula dalam low fat milk ini sebenarnya tinggi.
Kenapa tak bagus? Ini berkait dengan fisiologi badan manusia. Untuk memecah lemak, badan perlu menjalani proses lipolysis iaitu:
Lipo – Lemak
Lysis – Pemecahan
Jadi, selagi anda ambil gula tinggi, maka akan terhasil insulin yang tinggi. Sekiranya insulin tinggi, maka insulin akan halang proses lipolisis.
Jadi kalau minum low fat milk, sampai bila-bila pun takkan pecah lemak kerana kandungan gulanya yang lebih tinggi macam apa yang diterangkan tadi.
Jadi lebih baik ambil full cream / fresh milk sebab kandungan gulanya lebih rendah.
Abaikan jumlah kalori, akan tetapi jika ambil full cream milk, ambillah dalam kandungan yang sedikit. Kalau sebelum ini biasa ambil segelas, cukup hanya ambil 1/2 gelas.
Gula pada full cream milk lebih rendah berbanding low fat milk.
Jangan terpedaya dengan istilah "low fat" ini, tidak kiralah susu, mentega, yogurt atau apa-apa produk low fat lain.
Jadi di sini, kalau nak pecah lemak, anda bukan berperang dengan lemak. Tapi musuh utama adalah GULA!
Tapi kalau anda jumpa susu low fat, low sugar lebih bagus low sugar tu jika kandungan gula kurang daripada 2g/100ml.
Kalau ada pilihan itu, lebih baik. "Low fat, low sugar", ini baru betul. Tapi saya belum pernah jumpa lagilah.
Tak percaya? Tak apa. Cuba dulu dalam masa sebulan.
✅ Tinggalkan segala air minuman bergula
✅ Minum air kosong 2 ke 2.5 liter sehari
✅ Turunkan jumlah nasi kepada 1/4 (suku)
✅ bagaimana dengan pemilihan sayuran?
Kena ingat ni, sayur-sayuran pun ada karbohidrat tinggi. Karbohidrat ini pun adalah sumber gula juga.
Jadi anda kena tahu, sayuran apa yang lebih baik dan kurang gula.
SAYURAN KARBOHIDRAT TINGGI ( Tinggi gula )
– Sayuran yang tumbuh di bawah tanah
Contoh: Lobak merah, kekacang, kentang dan lain lain
SAYURAN KARBOHIDRAT RENDAH
– Sayuran yang tumbuh atas / di luar tanah
Contoh: Sayuran hijau, kangkung, sawi, taugeh
Adakah gula tak penting dalam badan? Gula pun penting tapi kena ingat juga, dalam badan kita banyak simpanan gula.
Kalau anda seorang yang normal tanpa diabetis, gula akan diambil dan dipecahkan dari dalam badan.
Sebab tu untuk orang normal, tidak ada terma hypoglycemia (darah kurang gula). Contoh, air manis yang takkan membuatkan kita pecah lemak dan kurus.
Jadi, anda boleh teruskan makan nasi, tapi jumlah 1/4 sahaja. Cukuplah nasi itu jadi sumber gula. Yang lain tu, nak makan paha ayam goreng pun boleh; nak makan telur goreng pun tak kisah.
Cuma kalau ambil terlalu banyak makanan yang berminyak, pecahkan lemak itu dengan berjalan biasa, 5,000-10,000 step sehari, tiga kali seminggu pun okey.
Sebab lemak memang mudah dipecahkan jika anda tidak mengambil gula. Bila tak ambil gula, maka tak adalah penghasilan insulin.
Bila dah tak ada kenaikan paras insulin, maka proses lipolisis pecah lemak tadi tidak terganggu.
Jadi bolehlah anda pecah lemak setiap hari. Macam itulah konsepnya. Kalau anda faham konsep ini, cubalah sebulan.
Setakat sebulan pecah 2 ke 3 kg lemak, dah ramai pesakit yang berjaya.
Tapi kalau nak lagi cantik, pergi gym angkat berat. Tak caya cuba dulu. Pasti badan macam artis Hollywood.
Tak faham lagi? Siapa yang belum faham tentang low fat boleh sambung baca di sini: https://dryazeedhairi.com/mitos-low-fat-sebagai-pelaris…/
Kredit: Dr Yazeed Hair Johari
*Artikel asal di Pa&Ma
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Pa and Ma
Sat Sep 04 2021
Pemilihan susu yang betul boleh membantu mengekalkan tahap gula dalam badan dan buatkan badan kekal sihat tanpa peningkatan berat yang mendadak. -Foto Pa&Ma
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
Susu 'full cream' atau susu 'low fat', mana yang bagus? Ini penjelasan pakar
Pemilihan susu yang betul boleh membantu mengekalkan tahap gula dalam badan dan membuatkan badan kekal sihat tanpa peningkatan berat yang mendadak.