KUALA LUMPUR:Malaysia memerlukan proses penyusunan semula sistem dalam semua aspek bagi meyakinkan orang ramai terhadap keupayaan serta kedudukan negara berada pada landasan tepat.
Bekas Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak berkata, langkah itu bagi memerihalkan 'wajah baharu' Malaysia sekali gus mempunyai sistem yang lebih baik.
Bagi tujuan itu, beliau menerusi kerjasama dengan beberapa ahli akademik dan masyarakat sivil memulakan kajian selama enam bulan untuk mengumpulkan pandangan rakyat Malaysia di pelbagai spektrum masyarakat.
"Tujuan kami adalah untuk memerihalkan bagaimana rupa Malaysia yang lebih baik dan meyakinkan orang ramai bahawa ada sistem yang lebih baik dan kita perlu melalui proses penyusunan semula sistem yang memedihkan menerusi kajian yang dilakukan secara langsung dan digital di mybetterfuture.org.
"Malaysia juga bernasib baik kerana telah melalui proses seperti itu pada tahun 1970-an. Kita telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (NCC), yang terdiri daripada 67 wakil keratan rentas masyarakat yang mengandungi ahli politik, ahli perniagaan, kesatuan sekerja hinggalah kumpulan agama dan sebagainya.
"Dalam keselamatan platform musyawarah, mereka memperdebatkan apa yang perlu dilakukan untuk membawa negara kembali daripada jurang perkauman yang membawa kepada pembaharuan yang saya sebutkan tadi," katanya di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Nazir menambah, matlamat segera projek yang dilaksanakan untuk mendapatkan sokongan penubuhan platform musyawarah lain seperti NCC.
Menurut beliau, NCC versi kedua perlu berdebat dan memutuskan banyak prinsip dan pembaharuan kritikal yang bakal menentukan apa sebenarnya Malaysia Baharu.
"Kita harus benar-benar jujur dan mengakui bahawa sistem ini tidak lagi berfungsi melainkan kita mengambil langkah berani untuk merombaknya, saya khuatir bahawa kita akan terus terbelenggu dalam keadaan pertumbuhan ekonomi hambar, politik yang tidak berfungsi dan masyarakat yang berpecah belah ini.
"Keadaan bangsa menuntut agar kita berusaha ke arah ketidakterusan dan ketetapan semula.
"Sekiranya kebijaksanaan konvensional mengatakan bahawa ketetapan semula nasional
memerlukan satu krisis seperti Krisis Kewangan Asia di Indonesia atau tamatnya apartheid di Afrika Selatan, Malaysia sudahpun berada dalam krisis COVID-19 dan keadaan darurat," ujarnya.
BACA: Malaysia perlukan satu 'system reset'
Fauzi Suhaimi
Tue Feb 02 2021

Nazir menambah, matlamat segera projek yang dilaksanakan untuk mendapatkan sokongan penubuhan platform musyawarah lain seperti NCC. - Astro AWANI

Mekanisme lama masih diguna kawal harga makanan - MAFI
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) masih mengekalkan mekanisme dan dasar sama seperti sebelum ini, dalam mengawal kenaikan harga makanan di pasaran.

Jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini 1,370, berikut tumpuan media KKM hari ini
Lima korban akibat COVID-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian di Malaysia kini 1,370.

Harga Barang | Dasar, mekanisma kawal harga masih sama
Dasar dan mekanisma dalam mengawal harga barangan di pasaran yang diguna pakai ketika ini merupakan daripada kerajaan terdahulu. Namun menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dua, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini mendorong berlaku peningkatan harga barangan dan kekangan lain.

Stok Ramadan, Raya | Bekalan daging lembu dalam negara cukup
Datuk Che Abdullah Mat Nawi turut beri jaminan bekalan daging lembu dalam negara mencukupi sepanjang bulan Ramadan hingga musim perayaan Aidilfitri nanti. Katanya sebanyak 10 ribu metrik tan bekalan daging telah diperuntuan untuk keperluan Ramadan dan Aidilfitri.

Harga Ayam Naik | Kos pengeluaran mungkin punca kenaikan harga
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dua, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP bagi mengatasi kenaikkan harga ayam, sayur dan barangan makanan yang lain. Katanya peningkatan harga mungkin disumbangkan beberapa faktor termasuk kos pengangkutan dan harga makanan ayam.

17 April 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.
![[TERKINI] Pengetua Pertahan | Daftar kokurikulum ikut kaum, jantina [TERKINI] Pengetua Pertahan | Daftar kokurikulum ikut kaum, jantina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900265/7697251601618655001097_640x360.jpg)
[TERKINI] Pengetua Pertahan | Daftar kokurikulum ikut kaum, jantina
Sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor dikesan mengenakan syarat pendaftaran aktiviti kokurikulum pelajar tingkatan satu mengikut kaum dan jantina. Antaranya, pelajar Melayu hanya dibenarkan memilih sukan bola sepak dan sepak takraw manakala bola keranjang dan ping pong pula dihadkan kepada pelajar lelaki dan perempuan Cina sahaja.

Langgar SOP: Kertas siasatan Neelofa dan PU Riz dirujuk ke Pejabat Peguam Negara minggu depan
Sebelum ini, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

KPDNHEP P. Pinang bongkar aktiviti seleweng gas LPG dalam kebun kelapa sawit
Serbuan dijalankan hasil risikan dan aduan orang awam yang diterima berhubung kegiatan berkenaan.

Sultan Johor berkenan sediakan bubur lambuk untuk rakyat
Bubur lambuk yang merupakan 'buah tangan' dari Istana bakal disampaikan kepada rakyat pada bulan ini.

Bina semula sistem negara, Malaysia perlukan satu lagi platform perundingan- Nazir Razak
Malaysia memerlukan satu lagi platform Musyawarah seperti Majlis Perundingan Negara bagi membincangkan dan menyokong penetapan semula sistem pasca 1969.

Bukan sahaja pemimpin, seluruh sistem kita bermasalah - Nazir Razak
Malaysia menangani krisis kesihatan dengan baik di peringkat awal, namun campur tangan politik menjadi punca situasi meruncing.

Nazir Razak dilantik pengerusi baharu PLS Plantations
Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak akan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 10 Februari, 2021.

Nazir Razak sifatkan penulisan Tommy 'sangkaan semata-mata'
Tommy ada mengaitkan insiden 13 Mei dengan bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, dalam penulisan memoirnya.

Susun semula sistem negara - Nazir
Nazir menambah, matlamat segera projek yang dilaksanakan untuk mendapatkan sokongan penubuhan platform musyawarah lain seperti NCC.

Malaysia perlukan satu 'system reset'
Sejarah telah menunjukkan bahawa pemimpin kita, termasuk mereka yang mempunyai niat terbaik, terpesong kerana raksasa berkepala tiga: politik wang, politik identiti dan penumpuan kuasa.

Malaysia perlu ubah 'skrip', kata Nazir Razak
Sukar untuk mengatasi perpaduan sosial tanpa sebarang kerjasama kerana ia berkaitan dengan politik dan ekonomi, jelas Nazir Razak.

'Kasih sayangnya tidak terhingga.. saya pasti akan merinduinya' - Nazir Razak
Apabila anda mengenalinya, anda secara naluri pasti ingin menyenangkannya walaupun beliau tidak pernah meminta

Pemimpin zahir takziah di laman sosial pemergian Tun Rahah
Pemergian Allahyarhamah Tun Hajah Rahah Tun Mohamed Noh cukup dirasai. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daplam pautan di laman Facebooknya menzahir ucapan takziah kepad

Doa Najib buat ibu tersayang
Dalam hantaran terbaharu di akaun Facebook, bekas perdana menteri itu berharap agar ibunya diberi kesembuhan.