BELURAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut dalam satu nahas melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Telupid ke Beluran, pada Jumaat.
Dalam kejadian jam lebih kurang jam 3 petang itu, Muhammad Fahmi Hakimi, 4, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di badan.
Manakala, bapa, ibu dan tiga beradik mangsa hanya mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, sebelum kejadian kenderaan yang dinaiki mangsa bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari arah Ranau menuju ke Sandakan.
Menurutnya, kenderaan SUV jenis Toyota Prado dinaiki keluarga itu dipercayai telah terbabas ke kiri jalan ketika melalui satu jalan menuruni bukit.
"Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku ketika cuaca mendung selepas hujan dan di kawasan jalan berselekoh menuruni bukit.
"Susulan kejadian, semua mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Telupid untuk rawatan lanjut sebelum mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
"Mangsa lain hanya mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Kasim berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Radhi Muslim
Sat Jun 11 2022
Kenderaan SUV jenis Toyota Prado dinaiki keluarga itu dipercayai terbabas ke kiri jalan ketika menuruni bukit. -PDRM
Usaha cekap tenaga Malaysia jimatkan elektrik 5.82%
Ini adalah kemajuan besar memandangkan kita menyasarkan untuk mengurangkan pertumbuhan permintaan elektrik berjumlah 8.0 peratus. Ia menyumbang pengurangan keseluruhan sebanyak 38 juta tan karbon dioksida bersamaan pelepasan GHG dan dijangka menjimatkan elektrik kira-kira 52,000 GWj menjelang 2025.
KCCM 2024 meriahkan pelancongan domestik dengan diskaun sehingga 50 peratus
Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2024 (KCCM 2024), yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 Oktober di Kompleks Kraf menjanjikan pelbagai tawaran menarik.
Kerajaan teliti kaedah awal elak kanak-kanak hidap NCD
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan (KPM) meneliti isu berkaitan beban berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.
Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis
Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kereta, hari ini sekali lagi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana merempuh dan melanggar motosikal polis.
Belum ada keputusan henti subsidi pendidikan anak orang kaya
Kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak golongan kaya.
Ketika sidang media mingguan pada Selasa, Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata ia masih di peringkat penelitian kerana ada beberapa prinsip perlu diambil kira.
Ketika sidang media mingguan pada Selasa, Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata ia masih di peringkat penelitian kerana ada beberapa prinsip perlu diambil kira.
Belum ada keputusan hentikan subsidi pendidikan anak orang kaya - Fahmi
Kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk menghentikan subsidi membiayai pendidikan anak golongan kaya.
Malaysia capai penjimatan elektrik RM2.21 bilion setakat Jun 2024
Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang disifatkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Sidang Kemuncak ASEAN diharap dapat selesaikan isu Myanmar - Mohamad
Negara bersempadan dengan Myanmar kini terpaksa mendepani masalah dibawa negara itu yang ketika ini menjadi negara utama dalam kegiatan jenayah.
Indonesia selesai siasat kes seleweng, pengubahan wang haram pemimpin Al-Zaytun
Pejabat Peguam Negara Indonesia mengesahkan fail kes siasatan penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan Panji Gumilang, pengasas sekolah berasrama penuh Islam Al-Zaytun, telah lengkap.
Anak lelaki Osama Laden diusir dari Perancis
Osama juga dihalang daripada kembali ke negara itu selepas didakwa mengeluarkan komen di media sosial yang dianggap 'mengagungkan keganasan'.
SUV dinaiki 6 beranak terbabas, kanak-kanak lelaki 4 tahun maut
Muhammad Fahmi Hakimi, 4, meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di badan.