awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zelenskyy lantik Svyrydenko sebagai Perdana Menteri baharu Ukraine

Bernama
Bernama
14/07/2025
22:15 MYT
Zelenskyy lantik Svyrydenko sebagai Perdana Menteri baharu Ukraine
Yulia Svyrydenko mula meraih perhatian tahun ini ketika rundingan tegang berhubung perjanjian mineral nadir bumi dengan Amerika Syarikat. - Gambar fail/REUTERS
KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, melantik Timbalan Perdana Menteri, Yulia Svyrydenko untuk mengetuai kerajaan baharu di Kyiv pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Dalam satu hantaran di media sosial, Zelenskyy berkata, beliau "mencadangkan agar Yulia Svyrydenko memimpin kerajaan Ukraine dan memperbaharui fungsinya secara menyeluruh."
Perdana Menteri semasa, Denys Shmyhal dilantik oleh Zelenskyy pada 2020, sebelum pencerobohan Rusia pada Februari 2022.
Zelenskyy berkata, beliau dan Svyrydenko "membincangkan langkah konkrit untuk meningkatkan potensi ekonomi Ukraine, memperluas program sokongan untuk rakyat Ukraine dan memperhebat pengeluaran senjata dalam negara".
"Bagi mencapai matlamat ini, kami sedang memulakan transformasi cabang eksekutif di Ukraine," tambahnya lagi.
Svyrydenko dikenali sebagai pakar dalam bidang ekonomi dan perdagangan.
Dilahirkan pada 1985 di wilayah Chernihiv di utara Kyiv, beliau memulakan kerjayanya dalam politik tempatan dan sektor swasta sebelum menyertai kerajaan selepas kemenangan pilihan raya Zelenskyy pada 2019, sebagai Timbalan Menteri Ekonomi.
Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Ketua Pejabat Presiden dan sejak 2021, memegang jawatan sebagai Menteri Ekonomi dan Timbalan Perdana Menteri.
Sejak bermulanya perang, beliau bertanggungjawab dalam usaha mendapatkan bantuan dan pinjaman antarabangsa.
Pertukaran kepimpinan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan sepenuhnya, memandangkan pengaruh Shmyhal dilihat semakin merosot sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Spekulasi turut berlegar bahawa Menteri Pertahanan, Rustem Umyerov mungkin akan dilantik sebagai Duta Ukraine ke Amerika Syarikat, susulan laporan Presiden AS, Donald Trump tidak berpuas hati dengan penyandang jawatan sekarang, Oksana Markarova.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelensky
#Yulia Svyrydenko
#Perdana Menteri Ukraine
#kerajaan Ukraine
#konflik Rusia-Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan