awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Indonesia sekat sementara akses Grok susulan kebimbangan kandungan deepfake AI
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Switzerland berkabung kenang mangsa kebakaran bar pada malam Tahun Baharu

Bernama
Bernama
10/01/2026
04:00 MYT
Switzerland berkabung kenang mangsa kebakaran bar pada malam Tahun Baharu
Presiden Persekutuan Switzerland, Guy Parmelin bersama Mathias Reynard, Ahli Majlis Negeri dan Presiden Majlis Negeri Canton Valais, berjalan sambil membawa mawar putih semasa upacara peringatan rasmi dan Hari Berkabung Kebangsaan. - Gambar Reuters
MARTIGNY (Switzerland): Switzerland mengadakan upacara peringatan di seluruh negara pada Jumaat bagi meratapi korban kebakaran bar pada malam Tahun Baharu di bandar peranginan Crans-Montana, ketika pihak berkuasa meneruskan siasatan berhubung kejadian itu, lapor Xinhua.
Berikutan ramalan salji lebat di Crans-Montana, pihak berkuasa Switzerland memutuskan untuk mengadakan upacara rasmi itu di Martigny, lebih 50 kilometer ke barat bandar peranginan berkenaan atas faktor keselamatan.
Upacara peringatan itu dihadiri pemimpin dan wakil dari lebih 30 negara, termasuk Presiden Perancis, Emmanuel Macron; Presiden Itali, Sergio Mattarella; Perdana Menteri Belgium, Bart De Wever dan Presiden Parlimen Eropah, Roberta Metsola.
Presiden Switzerland, Guy Parmelin berkata pada majlis itu bahawa langkah-langkah perlu diambil untuk mengelakkan tragedi serupa daripada berulang, sambil menegaskan bahawa sistem kehakiman harus mengenal pasti sebarang kelemahan dan memastikan pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan tanpa berlengah atau berkompromi.
Pada 2 petang waktu tempatan, loceng gereja dibunyikan di seluruh Switzerland dan orang ramai bertafakur selama seminit sebagai memperingati mangsa.
Terdahulu pada Jumaat, Jacques Moretti dan Jessica Moretti, pemilik bar "Constellation" tempat kebakaran itu berlaku, disoal siasat sebagai suspek oleh pendakwa raya. Jacques Moretti kini kini ditahan reman.
Pegawai di Crans-Montana berkata, bar itu kali terakhir menjalani pemeriksaan keselamatan pada Januari 2019.
Satu lagi upacara peringatan turut diadakan di Crans-Montana pada Jumaat, yang menyaksikan penduduk berhimpun untuk memberi penghormatan kepada mangsa.
Kebakaran itu meragut 40 nyawa dan mencederakan lebih 100 yang lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Switzerland
#kebakaran bar
#Crans-Montana
#upacara peringatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan