awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syabu bernilai RM10.64 juta dirampas di makmal proses dadah

Bernama
Bernama
05/04/2018
10:09 MYT
Syabu bernilai RM10.64 juta dirampas di makmal proses dadah
Mazlan (tiga dari kanan) pada sidang media di IPKKL hari ini berhubung serbuan ke atas premis yang dijadikan makmal haram memproses dadah di Brickfields. - Bernama
Polis merampas dadah bernilai RM10.64 juta selepas menggeledah sebuah premis di Taman Gembira, Brickfields yang dijadikan makmal memproses dadah disyaki jenis syabu, pada petang Ahad lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata ketika serbuan, pasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah dengan bantuan Bahagian Narkotik Daerah Brickfields turut menahan seorang anggota sindiket berkenaan yang sedang menjaga kawasan hadapan premis itu pada pukul 2 petang.
"Lelaki berusia 27 tahun itu sedang menjaga kawasan premis yang menempatkan barangan lusuh pada bahagian hadapan bersama empat ekor anjing besar.
"Pemeriksaan pasukan polis di dalam premis itu kemudian menemukan lapan bahagian memproses syabu bersama peralatan termasuk alat penimbang, balang kaca dan dapur elektrik," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mazlan berkata polis turut merampas 77.41 kilogram (kg) syabu, 125.95kg serbuk Ephedrine dan pelbagai bahan kimia yang diproses untuk pasaran golongan mewah bagi kegunaan parti mewah di sekitar Lembah Klang dengan harga RM70,000 sekilogram.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket makmal memproses dadah itu telah beroperasi sejak lima bulan lepas.
Katanya polis kini giat memburu saki-baki anggota dan dalang sindiket memproses dan mengedar syabu berkenaan.
Mazlan berkata ujian saringan awal air kencing mendapati suspek yang ditahan itu positif syabu.
"Suspek ditahan reman selama seminggu bermula Isnin lepas sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Brickfields
#Dadah
#jenayah
#Makmal
#PDRM
#polis
#serbuan
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan