MALAYSIA
Syafinaz Selamat dilantik Profesor Adjung UPSI

Pelantikan Syafinaz bertujuan memperkukuh hubungan akademik dan industri muzik. - Gambar fail/Astro Gempak
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan guru vokal terkenal Datuk Syafinaz Selamat dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026.
Ringkasan AI
- Datuk Syafinaz Selamat dilantik sebagai Profesor Adjung di UPSI, berkhidmat di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan dari 1 Julai 2025 hingga 30 Jun 2026.
- Pelantikan ini bertujuan memperkukuh hubungan akademik dan industri muzik, serta memperkaya kurikulum melalui bengkel vokal, sesi bimbingan dan projek kolaborasi bersama pelajar.
- UPSI berharap pelantikan ini menjadi pemangkin kepada bakat baharu bertaraf global, dan mengangkat jenama universiti di pentas seni antarabangsa.
"Kehadiran beliau akan membuka ruang kepada pertukaran idea, inovasi pembelajaran dan penghasilan karya seni berkualiti tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Md Amin berkata pelantikan itu diharap menjadi pemangkin kepada penghasilan bakat baharu yang lebih kompetitif di peringkat global, khususnya dalam bidang muzik dan seni persembahan.
Sementara itu, Dekan FMSP Prof Madya Muhammad Fazli Taib Saearani berkata pelantikan Syafinaz selama setahun diyakini dapat memperkukuh hubungan strategik antara fakulti dan industri muzik, di samping memperkaya aktiviti akademik, penyelidikan serta seni persembahan.
"Kami melihat pelantikan ini sebagai peluang besar membina jambatan antara dunia akademik dan industri muzik profesional," katanya.
Beliau berkata pelantikan Syafinaz akan memperkaya kurikulum melalui perkongsian pengalaman, sesi bimbingan, bengkel vokal dan projek kolaborasi melibatkan pelajar serta tenaga pengajar.
"Dengan jaringan profesional yang dimiliki, fakulti ini diyakini berpeluang membina kolaborasi antarabangsa sekali gus mengangkat jenama UPSI di pentas global," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami