awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat bas persiaran rayu bantuan kerajaan

Bernama
Bernama
06/05/2020
00:44 MYT
Syarikat bas persiaran rayu bantuan kerajaan
Kerajaan diminta supaya menggunakan perkhidmatan bas persiaran untuk menghantar pulang pelajar yang masih terkandas di universiti ke kampung halaman masing-masing. Gambar hiasan/ Bernama
Pandemik COVID-19 bukan sahaja mengancam kesihatan dan nyawa masyarakat, malah turut menjejaskan pelbagai sektor ekonomi termasuk pengusaha bas persiaran atau bas pelancong.
Dahulu mereka merupakan 'petugas barisan hadapan' yang membantu melonjakkan industri pelancongan tempatan dengan membawa pengunjung termasuk dari luar negara, ke tempat-tempat menarik di negara ini, namun sejak Disember lepas, nasib mereka mula berubah.
Wabak COVID-19 menutup serapat-rapatnya periuk nasi industri itu yang mempunyai lebih 10,000 bas persiaran, ditambah pula menghadapi tekanan hebat daripada syarikat kredit untuk membayar pinjaman kenderaan.
Pengarah WSF Travel and Tours Sdn Bhd, Wan Shairi Wan Ahmad mendakwa berikutan tiada moratorium pinjaman diberikan terhadap bas persiaran menyebabkan ramai tidak mampu bertahan, sehingga ada yang hampir muflis.
"Kalau boleh kita minta tolong MOF (Kementerian Kewangan) untuk menstruktur balik (pinjaman bank) syarikat bas pelancongan dengan interest (faedah pinjaman) yang rendah, satu hingga dua peratus.
"Bayangkan syarikat ini dalam tiga atau empat bulan boleh ditutup kerana sebuah bas kita perlu bayar RM12,000-RM13,000," katanya baru-baru ini.
Wan Shairi juga merayu kepada kerajaan supaya menggunakan perkhidmatan bas persiaran untuk menghantar pulang pelajar yang masih terkandas di universiti ke kampung halaman masing-masing.
Beliau mendakwa setakat ini tiada satu pun syarikat bas persiaran digunakan bagi tujuan itu, dan beliau meminta kerajaan membantu sektor berkenaan terutamanya menjelang Aidilfitri ini.
Sementara itu, Pengarah Dataran Travel and Tours, Abdul Aziz Ismail Gani berkata pihaknya menghadapi kesukaran kerana tidak mempunyai pendapatan ekoran permintaan terhadap perkhidmatan bas persiaran itu tiada langsung sejak penularan wabak berkenaan dalam negara.
"Susut nilai bas amat teruk. Kami nak jual pun tak ada orang nak beli bas kami. Kami terpaksa teruskan bayar hutang (kenderaan) sampai habis ikut jadual," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bas pelancong
#bas persiaran
#COVID-19
#ekonomi
#Kementerian Kewangan
#koronavirus
#pengangkutan
#sektor
#terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan