awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
Unisel gagal cabar pampasan RM280,875 bekas profesor madya
Malaysia berdepan kekurangan pakar onkologi - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat dapat projek kerajaan diminta sediakan kad laporan

Bernama
Bernama
19/11/2017
07:19 MYT
Syarikat dapat projek kerajaan diminta sediakan kad laporan
JOHARI berkata syarikat yang mendapat projek-projek kerajaan akan diminta menyediakan kad laporan bagi melihat pembabitan mereka dalam membantu rangkaian syarikat bumiputera. - Gambar fail Bernama
Syarikat yang mendapat projek-projek kerajaan akan diminta menyediakan kad laporan bagi melihat pembabitan mereka dalam membantu rangkaian syarikat bumiputera.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ini bagi membolehkan kerajaan menilai sejauh mana syarikat berkenaan membantu menjadi katalis kepada pembangunan ekonomi bumiputera.
"Paling tidaknya ada sebahagian daripada kerja-kerja untuk menyiapkan projek (kerajaan) tersebut diagihkan kepada syarikat kontraktor bumiputera," katanya kepada pemberita di luar Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 3.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
Katanya, kad laporan berkenaan telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat berkaitan kerajaan pada masa ini.
Terdahulu, ketika berucap pada konvensyen berkenaan, Johari berkata kerajaan sentiasa membantu pembangunan usahawan bumiputera yang kebanyakannya terlibat dalam industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Sebagai contoh, katanya melalui pembentangan Bajet 2018, pelbagai insentif disediakan kerajaan kepada PKS termasuk RM200 juta bagi program latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp serta RM500 juta untuk Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga.
Beliau berkata PKS memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara termasuk menyediakan tujuh juta peluang pekerjaan selain menyumbang hampir 37 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agenda
#bajet
#Bumiputera
#JOHARI ABDUL GHANI
#KDNK
#kerajaan
#PKS
#syarikat bumiputera
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan