awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lereng bukit setinggi 20 kaki runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat Eurostar batal beberapa perkhidmatan kereta api di seluruh Perancis akibat mogok

Bernama
Bernama
18/10/2022
10:27 MYT
Syarikat Eurostar batal beberapa perkhidmatan kereta api di seluruh Perancis akibat mogok
Perkhidmatan Eurostar merentasi Selat Inggeris melalui Terowong Channel yang menghubungkan tanah besar Eropah dengan UK menggunakan laluan kereta api. - AP
MOSCOW: Syarikat kereta api terkemuka Eropah Eurostar yang menghubungkan United Kingdom (UK) dengan Perancis, Belgium dan Belanda pada Selasa membatalkan beberapa perkhidmatannya berikutan mogok yang dianjurkan kesatuan sekerja Perancis di seluruh negara bagi menuntut kenaikan gaji di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup.
"Disebabkan piket di Perancis pada 17 dan 18 Oktober, kami terpaksa membatalkan beberapa perkhidmatan," menurut syarikat itu menerusi laman sesawangnya, lapor Sputnik.
Perkhidmatan Eurostar merentasi Selat Inggeris melalui Terowong Channel yang menghubungkan tanah besar Eropah dengan UK menggunakan laluan kereta api.
Mogok itu diumumkan minggu lalu oleh empat kesatuan sekerja Perancis yang terkemuka iaitu Konfederasi Am Buruh (CGT), Gabungan Am Buruh - Tenaga Pekerja (FO), Federation Syndicale Unitaire dan Solidaires.
Kesatuan pengangkutan Perancis termasuk CGT RATP, pengendali kereta api nasional SNCF - SUD-Rai, dan CGT-Cheminots turut mengumumkan keputusan mereka untuk menyertai mogok itu.
Piket oleh pekerja sektor tenaga di Perancis berterusan sejak pekerja ExxonMobil melancarkan mogok pada 21 Sept lalu.
Pada 27 Sept pekerja syarikat tenaga Perancis TotalEnergies pula menyertai piket itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Eurostar
#perkhidmatan kereta api
#mogok
#Perancis
#kos sara hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan